menu-iconlogo
logo

Joget Pucuk Pisang

logo
Lyrics
Darilah mana hendak kemana

Tinggilah rumput si dari padi

Darilah mana hendak kemana

Tinggilah rumput si dari padi

Cantik tidaklah cantik

Sebagai manalah mana

Hati tersangkut kerana budi

Cantik tidaklah cantik

Sebagai manalah mana

Hati tersangkut kerana budi

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Ikan selangat dua serupa

Satu bernama ikan selayang

Ikan selangat dua serupa

Satu bernama ikan selayang

Tuan ingatlah ingat

Saya lupa tak lupa

Samalah sama berkasih sayang

Tuan ingatlah ingat

Saya lupa tak lupa

Samalah sama berkasih sayang

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Darilah mana punai melayang

Darilah gunung turun ke kali

Darilah mana punai melayang

Darilah gunung turun ke kali

Dari manalah mana

Datang sayang lah sayang

Darilah mata turun ke hati

Dari manalah mana

Datang sayang lah sayang

Darilah mata turun ke hati

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Sanalah gunung disini gunung

Tengahlah tengah pohon melati

Sanalah gunung disini gunung

Tengahlah tengah pohon melati

Sana menunglah menung

Sini bingunglah bingung

Samalah sama menahan hati

Sana menunglah menung

Sini bingunglah bingung

Samalah sama menahan hati

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Pucuk pucuk lah pisang

Sama daun keladi

Pujuk pujuk lah datang

Mari kita menari

Joget Pucuk Pisang by ABDULLAH CHIK/Yusni Hamid - Lyrics & Covers