menu-iconlogo
logo

Bangkit

logo
Lyrics
Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila diluka nanti pulihlah semula

Bangkit, biar bersusah dulu nanti senang semua

Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit, dengan nama Yang Maha Esa

Maafkan aku, aku terlena

Mata buka tapi aku leka

Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur

Sedia rentak tempur

Redah onak lumpur

Maju tiada undur

Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur

Kalau kurang kaki, tangan, lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang

Askar jati gerak senyap yang lain berkompang

Berani segerombolan, tak takut bila seorang

Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlubang

Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila diluka nanti pulihlah semula

Bangkit, biar bersusah dulu nanti senang semua

Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila dijajah boleh tawanlah semula

Bangkit, ingat ketua dulu supaya jalan lurus

Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sakit, kau umpama cahaya

Yang menyinari bumi

Kau umpama Hang Jebat

Yang melindungi hak dirinya

Kau umpama senjata

Yang melindungi tanah

Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah?

Mana semangat Tun Teja, Dato' Maharaja Lela?

Mana Chuchu Datok Merah?

Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan

Mari memartabatkan perjuangan Dato' Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak

Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak

Catur, congak, cukup sebelum langkah diorak

Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda

Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba

Yang akan datang menaruh pada yang semasa

Bangkitlah nusantara (nusantara, nusantara)

Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila diluka nanti pulihlah semula

Bangkit, biar bersusah dulu nanti senang semua

Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila dijajah boleh tawanlah semula

Bangkit, ingat ketua dulu supaya jalan lurus

Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi, bangkit, berkumpul di bawah panji berbulan sabit

Tak sujud pada sesiapa di bawah langit

Tak mengalah walaupun betapa sakit

Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Kemudian

Bangkit, bila ditolak jatuh bangkitlah semula

Bangkit, bila diluka nanti pulihlah semula

Bangkit, biar bersusah dulu nanti senang semua

Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit, bangunlah semula

Bangkit, tawanlah semula

Bangkit, umpama cahaya

Bangkit by DJ Fuzz/Salam/Altimet - Lyrics & Covers