menu-iconlogo
huatong
huatong
luca-sickta-jakun-dengan-mimpi-cover-image

Jakun Dengan Mimpi

Luca Sicktahuatong
legola7huatong
Lyrics
Recordings
Ayy

Yang terasa bagus

Yang merasa hangus

Yang berjanji indah

Yang mengkaji pindah

Berlabuh jauh, jatuhkan sauh dalam-dalam

Minta berhati-hati, ada yang memerhati

Takut tersilap, ingat perangkap malam-malam

Tersalah langkah mati, bergantung pada jati

Jari jemari masih rajin menekan nota

Tidak tertekan, mereka masih membina auta

Terlalu banyak borak, otak udang bersorak

Otak bijak mencorak, bijak-bijak pun rosak

Kan, kan dah pernah dengar mereka segan ilmu

Dan, dan berjumpa dengan tuan suara itu

Walaupun singkat, sempat aku pertingkatkan

Setiap kata kerja, namun tidak teruja

Aku masih menguji, tidak hairankan puji

Ikut cara sendiri, tiada arah itu ini

Tak perlu cakap banyak, cuma terus buat dan

Buat mereka meluat dengar barang kita jalan ligat

Yaw, buat mereka meluat dengar barang kita jalan ligat

Mula dari mana?

Mula dari bawah (mula dari bawah)

Nahu nak ke mana?

Nak ke atas sana (nak ke atas sana)

Jika jatuh jangan undur

Bangun cuba lagi (bangun cuba lagi)

Usah hirau kata orang

Jakun dengan mimpi (jakun dengan mimpi)

Mula dari mana?

Mula dari bawah (mula dari bawah)

Nahu nak ke mana?

Nak ke atas sana (nak ke atas sana)

Jika jatuh jangan undur

Bangun cuba lagi (bangun cuba lagi)

Usah hirau kata orang

Jakun dengan mimpi (jakun dengan mimpi)

Yow

Taknak dah bagi muka, nanti ada yang mula

Sila bayarkan muka, jika perlukan daya saya (saya, saya, saya)

Sila bayarkan muka, jika perlukan daya saya

Hustle sampai jadi, hustle macam nadi

Hustle sampai tak payah nak sibuk intro diri

Hustle untuk diri, hustle malam pagi

Hustle macam jantung pump darah sampai hati

Langkah demi langkah pangkah tapak untuk hidup

Dah bosan berjalan kanan kiri tanpa redup

Dari panas terik hingga cuaca jatuh mendung

Berdiri tersandung, jatuh bangun, masih aku in

Esok atau lusa aku belum tentu ada

Jadi hari ini hari aku dan aku saja

Esok atau lusa aku belum tentu ada

Jadi hari ini hari aku dan aku saja

Banyak duit dapat banyak kawan

Silap-silap yang tak kenal pun mengaku teman dalam lawan

Barangkali sudah tertawan

Mindanya sawan

Terlalu banyak angan-angan angkasawan

Mula dari mana?

Mula dari bawah (mula dari bawah)

Nahu nak ke mana?

Nak ke atas sana (nak ke atas sana)

Jika jatuh jangan undur

Bangun cuba lagi (bangun cuba lagi)

Usah hirau kata orang

Jakun dengan mimpi (jakun dengan mimpi)

Mula dari mana?

Mula dari bawah (mula dari bawah)

Nahu nak ke mana?

Nak ke atas sana (nak ke atas sana)

Jika jatuh jangan undur

Bangun cuba lagi (bangun cuba lagi)

Usah hirau kata orang

Jakun dengan mimpi (jakun dengan mimpi)

More From Luca Sickta

See alllogo

You May Like