menu-iconlogo
logo

Suasana Di Hari Raya

logo
Lyrics
Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi

Suasana hari raya walau dimana pun jua

Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodoi jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raye lupa nak diberi

Betul betul betul

Seronoknya dapat duit raye

Haa kawan- kawan jemputlah makan

Ketupat dan rendang ni opah dengan kak ros yang masak

Semua kuih raye ni kita orang yang buat

Ada kuih samperit bahulu kuih tat pun ada

Sedap sedap sedap sedap

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tidak terkira

Kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodioi jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raye lupa nak diberi

Betul betul betul

Kak ros jangan lupa bagi duit raye tau hehe

Ipin ipin jom kita raya kat rumah tok dalang

Jom jom jom mei mei mail cepatlah kita nak pergi beraya ni

Haa cepat cepat seronoknya raya

Kalau puasa penuh lagi seronok

Selamat hari raya semua

Suasana Di Hari Raya by upin ipin - Lyrics & Covers