menu-iconlogo
logo

MEDLEY SONG BALLAD (LYMAN)

logo
avatar
Dato Sri Siti Nurhalizalogo
ㄥㄚ爪卂几⁶¹⁰🇧🇳🎼ℂℍ𝕀𝕃𝕃𝔼𝕏logo
Canta en la App
Letras
MEDLEY SONG BALLAD

DALAM KONSERT

CINTA DI AWAN

DATO SRI SITI NURHALIZA

JERAT PERCINTAAN

Dalam pertemuan ini Kita terperangkap sudah

Dalam jerat percintaan Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa Siapa diriku ini Engkau juga dihanyutkan

Oleh arus percintaanmu Tapi pabila aku sedar diri

Siapakah aku ini Aku bertanya sendiri

Apakah akan terjadi Ohh apakah kita kan teruskan

Di dalam arus percintaan Perlukah kita

Untuk berkorban Demi pertahankan Kebahagiaan

WAJAH KEKASIH

Adakah mungkin untukku menghindari Gurisan kasih luka di hati

Jiwaku resah apakah kesudahan Kecewa ataupun bahagia

Ku yakinkan diri demi rinduku Penawar hanya dari wajah kekasih

Walaupun rintangan datang menduga Ku tempuhinya kerna cinta membara

Oh mimpi yang indah Jelmalah dalam nyata Wajah wajah kekasih

DIALAH DI HATI

Bisikan sang bayu membawa perkhabaran

Dongengan yang sama dicanang berulang

Mengapakah diri dijadikan sasaran

Sekilas pandangan pelbagai andaian Sungguh terkilan

Seumpama naskah yang terbuka Sesungguhnya tiada rahsia

Bacalah kenalilah Dengan bijaksana Siapa aku yang sebenar

Kendati selautan segunung Permata di kanan dan kiri

Selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti Dialah dihati

Kendati selautan segunung Permata di kanan dan kiri Huuwoo..

Tiada pilihan kedua Pertama hingga akhir usia Hanya dia

Tiada pilihan kedua Pertama hingga akhir usia Hanya dia

MEDLEY SONG BALLAD (LYMAN) de Dato Sri Siti Nurhaliza - Letras y Covers