Aduhhhh!
Eh, maaf cik.. saya tak
sengaja terlanggar cik..
Takper, takper.. Ehhh? Ni Ery kan?
Iya.. Heyyy, Janna right?
Yup.. Lama betul tak jumpa kan?
Last jumpa tu masa konvo dulu..
Betul, betul.. Janna ada nak
ke mana mana ke lepas ni?
Kalau tak boleh duduk minum kejap..
Takda nak ke mana pun Ery.. Ni
pun Janna nak balik rumah je..
Ok kalau gitu, apa kata
kita duduk kat kafe tu..
Janna, so you macam mana sekarang?
Last Ery dengar, Janna dah
kahwin dengan Zarul kan?
Tak.. Janna tak jadi kahwin dengan dia..
Eh? Tapi Ery ingat kad
kahwin dah edar kan?
Betul tu Ery..
Boleh Ery tahu ke kenapa
majlis dibatalkan?
Zarul tarik diri saat saat akhir,
Ery.. Dia kata dia jumpa perempuan
yang lebih baik dari Janna..
Tak patut dia buat Janna macam
tu.. Kalau betul tak suka, kenapa
awal awal tak minta putus aja?
Dari malukan keluarga
Janna gitu.. Kan tak baik?
Biarkanlah dia Ery.. Janna pun dah
malas nak fikir soal jodoh lagi..
Kalau ada jodoh yang datang, Janna
terima aja.. Asalkan orangnya
baik dan mampu bimbing Janna..
Kalau Ery jodoh Janna macam mana?
Apa yang Ery cakapkan
ni? Janna tak suka lah..
Janna percaya pada takdir
tak? Mungkin ditakdirkan kita
berjumpa kembali hari ini..
Kalau pun takdir, apa kena
mengena dengan jodoh?
Janna dah kenal Ery dah lama kan?
Sejak dari sekolah menengah lagi..
Hmmm.. Jadi?
Apa yang Janna tak tahu ialah
Ery sebenarnya dah lama
simpan perasaan pada Janna..
Ery tak berani luahkan kerana Ery
bimbang cinta Ery tak berbalas..
Habis kenapa bilang semua
ni kat Janna sekarang?
Dulu Ery terlambat nak luahkan
sampai kawan baik Ery sendiri
rampas orang yang Ery cintai..
Ery tak nak nanti Ery menyesal.. Kalau
Janna tolak cinta Ery sekalipun, Ery
terima tapi sekurang kurangnya Janna
tahu apa yang ada dalam hati Ery ni..
Sebenarnya, ada sesuatu
yang Janna nak beritahu..
Apa dia Janna?
Ery adalah cinta pertama Janna..
WHAT?
Betul.. Janna pun dah lama
sebenarnya jatuh hati pada Ery..
Lahhh.. Kenapa Janna tak
luahkan pada Ery aja?
Ishhh.. Malulahhh.. Nanti orang kata
perigi cari timba pulak.. Hahahah..
Hahahha..
Jadi lepas ni macam mana yer?
Nanti Ery mintak mak abah Ery
pergi merisik Janna boleh?
Ok.. Hmm.. Abis Janna
nak panggil Ery apa?
Hahaha.. Apa apa pun
boleh.. Abang pun boleh..
Ok baiklah bang..
Jom, abang hantar sayang balik..
Ok, jom bang..