Tapak tapak makan hari
tunggu masa putus tali
Biar luar kaki ayam
dalam berbekalkan taji
Lepas purnama mengambang
naik merah itu pasti
Mahu ikut nafsu sama
atau sambung tidur lagi
Taji nak dituju
Perlukan aturan
Taknak salah hala
perkaka yang dihunuskan
Tidurku bertapa berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
(Kmy Kmo)
Sedekad dah belayar
Berbakul terapi dah di hadap
Bagaikan kudrat sepuluh gajah
meresap masuk tuk mengadap
Adaptasi sejengkal sarap
Permudahkan kau ke perangkap
Emosi si nafsu nafsi lahap
Adab asal yang dah ke arab
Aku rabiah daripada enam
Bawa rabiah dalam bunga tujuh
Aku tarbiah siapa berani pejam
Dengan tarbiah ramai kena suluh
Ramai miang buluh perindunya ramai
Dilibas bak badai buluh tumpat sadai
Yang tersadai abai dek memandai
Kaki intai perangainya murai
Sidai muka
Asal pandai dulu muda wangsa
Suka intai talam ribu rupa
Bawa cindai ke muda berbangsa
Lalu hey,
Sidai rupa
Pura pura talam dua muka
Dari muda dia mudah lupa
Bila sukar boleh bagi suka
Dia suka
Taji nak dituju
Perlukan aturan
Taknak salah hala
perkaka yang dihunuskan
Tidurku bertapa berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
(Luca Sickta)
Tujuh petala bumi dan langit
Dari gunung ke lautan dalam
Persuruh turun membawa salam
Kalam berkisah segala silam
Uh!
Dari lautan ke lembah curam
Kembara bekalnya setia sumpah
Seri iring kemenyan dan setanggi
Membara darah walau titis tumpah
Dendam di pendam nafsu
Nahu buta nawaitu palsu
Genggam direjam amarah
Bagai keris tanpa arah yah
Pantang undur dicabar jangan
Lantang jurus dijabar tangan
Hulubalang dampingnya rapat
Salah tuju akhirnya ke liang lahad
Taji nak dituju
Perlukan aturan
Taknak salah hala
perkaka yang dihunuskan
Tidurku bertapa berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Kapal layarku tak sangkut tengkujuh
Layar ke samudera berkurungkan tubuh
Senaman rasa jiwa
Fahami rasa jiwa
Taji nak dituju
Perlukan aturan
Taknak salah hala
perkaka yang dihunuskan
Tidurku bertapa berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad
Jadi nekad
Jadi nekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad