menu-iconlogo
logo

Raja Simurgh

logo
Letras
Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling

Rahsia dahan darilah akar

Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu

Sama asal lain namanya

Dalam hati tak siapa tahu

Dari mana bunyi itu

Firasat bukan aku

Jantung ku mula laju

Tubuh ku mula kaku

Jasad ku bergetar bernafas dalam lagu

Mereka kata ada rahsia dibalik pintu

Aku berseloka bersidang alas buku

Teman ku hanya pena catit catat dari guru

Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju

Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu

Alam Semesta berpusing sempoyongan ku runsing

Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing

Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai

Ku abai si penilai anggap saja mereka murai

Benar kadang cukup buntu mana nak di tuju

Yang sini atau situ

Yang Hantu atau aku

Yang mana satu

Masih lagi keliru

Hantu Atau Aku

Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling

Rahsia dahan darilah akar

Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu

Sama asal lain namanya

Dalam hati tak siapa tahu

Terbuka pintu hati

Nak berjalan ke laman

Mencari nak dipasti yang disetiap halaman

Halakan

Penghayatan yang krap kali khayalkan

Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan

Perlu ditafsir mahir

Taksiran isi zahir

Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir

Kenali bayang diri berkepak atau berparuh

Mitosnya dari parsi jangan disaksi separuh

Separa paras prasaan prasangka

Sbelumnya sangkakala

Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka

Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu

Kerap kedengaran hu hu

Bergema disetiap bucu

Dulu

Terburu- buru

Mengejar ilmu berbuku buku

Perlu berguru

Usah sendiri

Nak diselami

Menyelam rasa nikmati rohani

Jasmani yang harmoni

Kurniaan hakiki

Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling

Rahsia dahan darilah akar

Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu

Sama asal lain namanya

Dalam hati tak siapa tahu

Mereka sibuk cemuh ku sibuk cari Simurgh

Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh

Ku usung 4 watak dalam mencari Ad- din

Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin

Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua

Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau

Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma

Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau

Siang makin hirang malam makin terang

Burung hantu datang yang melihat aku helang

Ku datang menggalang bukan datang tuk berperang

Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang

Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling

Rahsia dahan darilah akar

Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu

Sama asal lain namanya

Dalam hati tak siapa tahu

Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling

Sama asal lain namanya

Dalam hati tak siapa tahu

Raja Simurgh de Siqma/Kmy Kmo - Letras y Covers