menu-iconlogo
logo

BBB (Bukan Biashe Biashe)

logo
Paroles
Mula resah dalam hati kurang putih, kelabu

Mula timbul rasa angkuh kurang faham, cemburu

Jalan cerah betukar gelap tanpa bersuluh

Dulu mungkin pohon utuh sekarang jatuh luluh

Bukan tak pernah cuba ubah atur

Berkali ubah punah yang datang si hancur

Konon bermeditasi lakun mula lantun

Makan jerat sendiri habis tunduk santun

Yang benar, aku tahu

Yang benar, cukup satu

Yang benar, waktu itu

Berikan penjelasan nyata

Yang benar, diceritakan

Yang benar, jangan biar simpan

Yang benar, dilupakan

Akhir penghujung kekal sama

Bermula ubah pendirian

Terpadam sejarah lantas tutup impian

Terlajak depan, kau kurang sabar kan

Nafikan sayang lagi kerna dah tak tahan

Nafsu melonjak hanya nak menghentak

Berontak dalam otak yang elok pun rosak

Liberalisma, konon keluar kotak

Sebaris candu baru, pun tak nampak rosak

Bintang film juta-jutaanya pecah panggung

Pernah bersama menggunung sekarang sendiri tampung

Sekenalan kampung, sudah mula mahu teropong

Tempurung murung terbuka, tabur kecam sombong

Tari pagi, tarik sunti, tari panas api nanti

Deklamasi destinasi mungkin tuju hari mati

Lain hari lain gelas, mungkin kekal sampai mati

Maaf kita lain kelas, kuliah henti cara rasmi

Yang benar, aku tahu

Yang benar, cukup satu

Yang benar, waktu itu

Berikan penjelasan nyata

Yang benar, diceritakan

Yang benar, jangan biar simpan

Yang benar, dilupakan

Akhir penghujung kekal sama

Lupakan saja apa yang sudah terlepas

Berkali kali mencari jawapan ku lemas

Diskusi antara kita acapkali dibidas

Kejujuran tiada batas pabila kau cemas

Perasaan tanpa perasan sudah tersimpan

Buncah dek diri kerna tak mahu kulepaskan

Pendam jawapan pabila berseorangan

Hanya fikirkan nafsu diri bukan keperluan

Menyelam lautan apus demi hapus perbalahan

Biarpun putih mata dari berputar haluan

Biar kubegini dari berputar fikiran

Tak perlu disoal jawapanku tetap bukan

Bukan tak pernah cuba ubah atur

Berkali ubah punah yang datang si hancur

Konon bermeditasi lakun mula lantun

Makan jerat sendiri habis tunduk santun

Yang benar, aku tahu

Yang benar, cukup satu

Yang benar, waktu itu

Berikan penjelasan nyata

Yang benar, diceritakan

Yang benar, jangan biar simpan

Yang benar, dilupakan

Akhir penghujung kekal sama