menu-iconlogo
logo

Jangan Buang Baju Gua

logo
Lirik
Tak munasabah kalau gua kenyang sangat, tapi ada yang menangis sebab lapar

Tak munasabah kalau gua nak menunjuk kemewahan cuma setakat nak berlagak

Tak munasabah gua nyanyi lagu, mendongak dagu bile ramai terhempas dalam syahdu

Terlalu taksub, mengade konon nak mengadu nasib nak jadi artis nombor satu

Memang tak munasabah, shopping sakan macam gua ni tak pernah cukup baju

Tak munasabah kasut wa terlalu putih, bile ade yang berkaki ayam jalan atas batu

Tak munasabah kalau gua mengeluh atas perkara remeh, cerewet tak nak makan atas sebab tawar hebeh

Dah dipesan jangan takut miskin, yang memimpin akan jugak dipimpin

Takkan pernah cukup selagi berkehendak

Semue nak jadi woke, gua nak tido nyenyak

Jalan ade hala tuju, takde mase nak menunggu

Takkan layan, tak termakan pujuk

Bahan kekek atau bahan rujuk

Nothing been the same, sejak seludop

Jaga-jaga, ada jala di setiap penjuru

Rambut sama colour, tak sume yang bersekutu

Yang terdesak jarang bercakap jujur

Wayang, mabuk kepayang, mengejar bayang

Cume yang kurang yakin kuat tayang

Panggilan sayang, tak semestinya sayang

Hampir hilang kawalan, jalan terhuyung-hayang

Hampir terlepas, terlemas, hampir terhempas

Nyawa hampir terjejas, dah berapa botol, berapa gelas

Trust nobody, dah tak nak berkawan

Sawan nak berlawan selepas berapa cawan

Tak cukup sekadar takut rasa malu

Selagi masih tak mengaku

Selagi tak ubah tingkah laku

Berliku tapi ada jalan keluar

Asalkan mahu berubah

Tuntut semula

Kubawa, kupakai, tak kutinggal

Kubawa, kupakai, tak kutinggal

Sayang boleh, sayang jangan lupa sayang diri

Sayang diri walaupun sesiapa benci

Sayang boleh, sayang jangan lupa sayang diri

Jangan sampai bila sorang, rasa sepi

Jangan salahkan ibu mengandung

Sebelas bulan dalam perut berat mama tanggung

Buruk baik gua, jiwanya tetap menampung

Tak munasabah kalau gua tak terus menyambung

Tak cukup sekadar takut rasa malu

Selagi masih tak mengaku

Selagi tak ubah tingkah laku

Berliku tapi ada jalan keluar

Asalkan mahu berubah

Tuntut balik semua

Jangan Buang Baju Gua oleh Akeem Jahat - Lirik & Cover