menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Rindu Seketika

B.HEARThuatong
scoutmasterpetehuatong
Lirik
Rekaman
Ku.. kurindu..

Kurindu.. kurindu.. kurindu..

Rasa kosong diri aku terapung

Minta tolong cinta tidak dihitung

Termimpi ku dan dia dipantai kusantai

Tak berpelukan

Tapi leher kukalungkan rantai

Dimuka aku ditiup angin badai

Dibebaskankan hatiku

Yang berada dalam balai

Rindu seseorang lebih sakit bila sidia

Tak pernah terfikir

Tak pernah rindukanmu

Cinta tak buta yang buta tuannya

Bila ada sidara siteruna makin gila

Sanggup diri dikonkongkan

Tak mahu lepaskan

Salah percaturan timbul pergaduhan

Tidak bertegur sapa bak kita tidak kenal

Menganggu fokus minda

Cinta rosakkan mental

Soalan bodoh dijawab

Hanya untuk menyangkal

Sampai teman hidup

Jadi kawan ke musuh kental

Ku.. kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Ingati kisah lalu harap ia boleh ubah

Apa yang sudah sudah kenalimu itu padah

Beritahu kuberapa kali tangisi darah

Hanya kerana kita

Pisah kau mahu bersumpah

Tak mahu kenali diri sendiri

Yang kau benci

Hati diberi masalah tak boleh lari

Jangan buang masa pada orang tak hargai

Tak penah sukaimu, tak penah cintai

Kawan sebenarnya akan ada bila mu sedih

Suruh kamu tinggal yang kotor

Dan juga yang pedih

Semua boleh ucap I LOVE YOU

Tapi tak bermaksudnya

Jadi percaya bila rasa

Bukan sekadar dengarinya

Cintai musuhmu benci kawanmu

Musuhmu tetap kekal

Kawanmu boleh berubah

Kucinta,kudusta,kulukakan, kuhilang

Kurindu,kujujur,kukesal ikut bayang

Ku.. kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Apa yang suka bertukar pada duka

Jumpa semua gembira hari lain tak sama

Dalam kotak cokelat

Tersimpan surat surat

Hilang genggaman tanganmu

Biarpun ia kuat

Tak mudah sembunyikan

Tangisan biarpun kesat

Kawan kawan tenangkan

Bagi tisu dan pendapat

Topi aku pakai turun bawah sedikit

Tutupkan mata aku

Yang merah senyum sedikit

Ku tidak endahkan mereka lihat ku nangis

Ku bukan jenis lelaki

Berselisih ganti gadis

Tepis sembunyi pakai senyuman palsu

Microphone dimulutku berlagukan sayu

Teruna buat dara nangis itu benda mudah

Tapi dara buat teruna nangis itu parah

Kutuliskan lagu ini dari hati aku

Setiap hari kubangun tidur

Ku ucapkan aku

Rindu pada diri kamu bukan main main

Bukan aku mahu tipu

Maafkan diri aku yang tak penah,sempurna

Ku hilang nama cinta

Bulan kupergi jua ah!

Ku.. kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Kurindu.. (ku amat rindumu)

Kurindu.. (setiap hariku)

Kurindu.. (tanpa dirimu)

Kurindu.. (aku sayu)

Selengkapnya dari B.HEART

Lihat semualogo
Rindu Seketika oleh B.HEART - Lirik & Cover