Siapa gerangan
Yang selalu muncul di dalam mimpiku
Mungkin pernah jumpa
Atau cuma hanya mainan tidurku
Adakah dirinya
Ditakdirkan bersama dalam hidupku
Jadi tanda tanya
Hingga fikiranku jadi tak menentu
Tika menutup mataku
Pentas mimpi akan berlabuh
Masih segar oh ingatanku
Ku mahu meluahkan kepadamu
Dinginnya cintaku
Dinginnya cintaku bagai salju Fujiyama
Harum dan wangimu bagai mekarnya sakura
Walau bukan nyata tapi ialah mimpi yang indah
Setebal cintaku
Setebal cintaku bagaikan hutan tropika
Dan jangan kau lalu di segitiga bermuda
Ku tidak mahu kehilanganmu walau dalam mimpiku
Tika menutup mataku
Pentas mimpi akan berlabuh
Masih segar oh ingatanku
Ku mahu meluahkan kepadamu
Dinginnya cintamu
Dinginnya cintamu bagai salju Fujiyama
Harum dan wangiku bagai mekarnya sakura
Walau bukan nyata tapi ialah mimpi yang indah
Dinginnya cintaku
Dinginnya cintaku bagai salju Fujiyama
Harum dan wangimu bagai mekarnya sakura
Walau bukan nyata tapi ialah mimpi yang indah
Setebal cintaku
Setebal cintaku bagaikan hutan tropika
Dan jangan kau lalu di segitiga bermuda
Ku tidak mahu kehilanganmu walau dalam mimpiku