menu-iconlogo
logo

KUASA

logo
Lirik
Hanya dengan bayangan saja

Kita kurang gunakan akal

Cita cita nak ke hujung dunia

Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar

Bersinar tanpa kegelapan

Kami hanya ingin bebas

Hanya nak mencari kuasa

Nak cari kuasa

Nak cari kuasa

Nak cari kuasa

Bila gergasi terjaga suaranya kedengaran

Bila semut yang kecil kerjasama tiada berat

Bila tanya orang bijak apa perlu di angkat

Letak bawah dulang emas julang dulu martabat

Pulangkan dakwat dan pena

Tulis dan ukir sejarah benar jangan kau berhenti memahat

Lekas bangun dari lena dan berlari terus ke garisan tamat

Semua bermula dengan satu langkah berbekalkan hanya kudrat

Dan tawakal dengan izinnya ku percaya semuanya pastikan selamat

Hanya dengan bayangan saja

Kita kurang gunakan akal

Cita cita nak ke hujung dunia

Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar

Bersinar tanpa kegelapan

Kami hanya ingin bebas

Hanya nak mencari kuasa

Kadang ku lalai dalam setiap pusingan

Putaran bumi di paksi merunsingkan

Anak kecil genggam krayon melakar lukisan

Penuh kesucian dan berakal fikiran

Dan dalam diam ku pasti cemburu

Kalau ku bebas kenapa masih memburuh

Kesenangan kekenyangan ratah bunga kewangan

Durian runtuh semasa musim luruh

Dan jika semua syarikat bersendirian

Apa benar matlamat tulus dimimpikan

Berpendidikan penuh pendirian

Harapan ibu bapa untuk anak diinginkan

Berikan aku sepuluh orang muda

Pastiku bisa mengoncangkan dunia

Rahsia ter bung Karno

Si zalim tercekik makan gelojoh

Kepala berlilit perangai tak senonoh

Di hina tertawa mereka seloroh

Di herdik hodoh

Tapi di detik dan masa anjakan paradigma

Termakbul doa dalam hikmah

Dan bila kebenaran mencuci semua fitnah

Lengkap lah mukadimah

Dan bila yang ditindas akhirnya bertakhta

Mereka kan merasa kuasa

Hanya dengan bayangan saja

Kita kurang gunakan akal

Cita cita nak ke hujung dunia

Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar

Bersinar tanpa kegelapan

Kami hanya ingin bebas

Hanya nak mencari kuasa

Berikan aku sepuluh orang muda

Pastiku bisa mengoncangkan dunia