Kau terpaksa ku lepaskan
Sekiranya itu yang kau harapkan
Tuk hapus keegoanku
Jika kau tahu lukanya hatiku
Ku turuti kehendakmu
Untuk melupakan segala niatku
Walaupun itu menikam jiwaku
Apalah bezanya jika cintaku kecundang jua
Tiada pernah kau menyapa
Tersentuh agaknya kerana kata
Usahlah kau terus terbelengu
Ku cinta padamu kau membenci diriku
Pura pura ku tersenyum
Namun sebaliknya terpahat rahsia ku tangisi
Tanpa air mata bak setitis embun gugur di laman asmara
Andai dikata pahitnya hempedu pahit lagi bagi pada
Walau dikata tajamnya sembilu tajam lagi pengertimu

Engkau yang amatku sayang
Mekar mengharum di laman orang
Ingin benar kau ku miliki
Aku terluka kerna engkau berduri