menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Batu Belah Batu Konkrit

Monoloquehuatong
nswg20huatong
Lirik
Rekaman
Wahai anakda ku sayang

Ke mana hilang budaya

Diculik piring terbang

Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang

Semua mahu cepat kaya

Pabila semua dah hilang

Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini

Hati bonda tersepih

Biarkan bonda pergi

Dimakan ditelan

Batu belah batu konkrit

Wahai anakda ku sayang

Kenapa gadai pusaka

Sebab cinta atau wang

Atau kerna kurang peka

Seperti lalang lalang

Suka belok suka leka

Ikut telunjuk bayang bayang

Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini

Hati bonda menjerit

Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit

Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk

Bonda jangan makan hati

Anakda disini memujuk

Dan anakda takkan berhenti

Kini sekadar impi

Baru faham semua ini

Bonda tolong jangan pergi

Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini

Hati bonda tersepih

Biarkan bonda pergi

Dimakan ditelan

Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit

Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela

Dimakan ditelan

Batu belah batu konkrit

Selengkapnya dari Monoloque

Lihat semualogo

Kamu Mungkin Menyukai