menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Suasana & Seloka Hari Raya

Suki Lowhuatong
kakini00huatong
Lirik
Rekaman
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria

Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria

Sanak saudara sedang menunggu, di hari mulia bertemu mesra

Sanak saudara sedang menunggu, di hari mulia bertemu mesra

Selamat Aidilfitri kepada saudara serta saudari

Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini

Kuih dan muih beranika macam, makanlah jangan hanya di pandang

Asyik bersembang pakcik dan makcik, hai duit raya lupa nak diberi

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni

Mengunjungi sanak kaum famili

Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini

Tua muda wajah berseri-seri

Miskin dan kaya sama sahaja, hulurkan tangan berjabat mesra

Miskin dan kaya sama sahaja, hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama, lupakan saja sengketa lama

Saling bermaaf kita bersama, lupakan saja sengketa lama

Selamat Hari Raya

Selengkapnya dari Suki Low

Lihat semualogo

Kamu Mungkin Menyukai