menu-iconlogo
logo

Deru

logo
Lirik
Ketika tawa sudah hilang

Diam mu bagai maut

Hidupku telah mati

Kemana harus berpaut?

Kenangan kita kaut

Senyumanmu tanda sambut

Ku nampak kebahagiaan

Kenapa kini baru ragut?

Dalam minda separa sedar

Ku mula menemui

Sakit yang menikam dalam cuba menembusi

Pagar harap kini merebah menyembah bumi

Meredah bukti yang telah lama aku sembunyi

Ibarat wayang cinta

Si kacak dan jelita

Kan bersama akhirnya

Walau ada ketiga

Keempat atau lima

Takkan dapat menyirna

Ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Kata yg menikam

Sakit yang menikam dalam cuba menembusi,

Pagar harap kini merebah menyembah bumi

Luka yang ku rasa

Keempat atau lima takkan dapat menyirna,

Ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Tawa riang yang telah hilang

Di dalam dendam ini bersarang

Hanya kebencian berkumandang

Deru ombak menghempas pantai

Ku pernah memaksa tuhan jadikan engkau milik aku

Walaupun aku sedar aku bukan bahagiamu

Kerna sifat egois memaksa garis takdir

Tuk selalu arahku nyatanya tak pernah hampir

Kau satunya alasan untuk aku bertahan

Tak mampu ku atasinya dengan bersendirian

Cara kita fikir mungkin terlampau berbeza

Aku mahu reda yang kau mahu fenomena

Satu hari nanti kamu pasti tahu

Betapa terangnya bukti cintaku padamu

Kau berhenti membenci kerna tersalah pilih

Tiada silih ganti tawa duka manis pedih

Kata yg menikam

Sakit yang menikam dalam cuba menembusi,

Pagar harap kini merebah menyembah bumi

Luka yang ku rasa

Keempat atau lima takkan dapat menyirna,

Ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Tawa riang yang telah hilang

Di dalam dendam ini bersarang

Hanya kebencian berkumandang

Deru ombak menghempas pantai

Apa ertinya lagi

Tiada ertinya lagi

Kasih yang berbahagi

Yang telah kau curangi

Tiada gunanya lagi

Cukup sudah di sini

Bila hati bukan untukmu lagi

Tidak...

Tak mampu untuk membayangkan

Tak rela walau di paksa

Pergilah!

Tawa riang yang telah hilang

Di dalam dendam ini bersarang

Hanya kebencian berkumandang

Deru ombak menghempas pantai

Cara kita fikir mungkin terlampau berbeza

Deru ombak menghempas pantai

Aku mahu reda yang kau mahu fenomena

Deru oleh Xpose/W.A.R.I.S - Lirik & Cover