Mak Datin, marilah
Usah duduk termenung
Marilah kudendang
Lagu melepas bingung
Mak Datin, marilah
Usah bimbang di hati
Marilah berjoget
Lepas geram di hati
Apa gunanya termenung?
Kerana dimadu, tidur tak lena
Walau air mata turun menggunung
Datuk pun sudah terkahwin dua
Doakan saja dia bahgia
Kerana mampu berkahwin dua
Jangan dimarah, jangan disapa
Kelak Datuk tidur tak lena
Selamat pengantin baru Datuk
Pinang dibelah dua
Mesti berlaku adil, Datuk
Pandai bahagikan masa
Mak Datin, marilah
Mari kita berdendang
Lupakan derita
Datin tetap pertama
Mak Datin, marilah
Kita nyanyikan lagu
Lagunya pun senang
Lagu tak mahu dimadu
Apa gunanya merungut?
Kelak cepat kulit Datin berkedut
Apalah Datin risaukan?
Harta banyak tak habis makan
Terimalah saja hakikat dunia
Si miskin pun ada yang kahwin dua
Inikan pula suami yang kaya
Tentu sekali berupaya
Kalau menonton TV
Datin hindarkan drama Melayu
Nanti Datuk berkenan
Datin nanti haru-biru
Perempuan zaman sekarang
Datin tak kira suami tua
Asal hidup senang-lenang
Kereta dua tiga
Haa, janganlah marah, Datin
Kesian kat Datuk
Kesian, kata awak?
Lelaki ni memang tak boleh banyak duit
Bile lebih sikit mulalah selera tu meragam
Bukan-bukan ragam, Datin
Datuk tu nak menolong, perempuan-perempuan tu
Nak menolong?
Hmm, kalau nak tolong haa pegi tolong, pegi kahwin dengan janda yang dah anak lapan tu haa
Ini tidak, semuanya muda-muda belaka
Iya tak iya, Datuk
Apa gunanya merungut?
Kelak cepat kulit Datin berkedut
Apalah Datin risaukan?
Harta banyak tak habis makan
Terimalah saja hakikat dunia
Si miskin pun ada yang kahwin dua
Inikan pula suami yang kaya
Tentu sekali berupaya
Kalau menonton TV
Datin hindarkan drama Melayu
Nanti Datuk berkenan
Datin nanti haru-biru
Perempuan zaman sekarang
Datin tak kira suami tua
Asal hidup senang-lenang
Kereta dua tiga
Kalau menonton TV
Datin hindarkan drama Melayu
Nanti Datuk berkenan
Datin nanti haru-biru
Perempuan zaman sekarang
Datin tak kira suami tua
Asal hidup senang-lenang
Kereta dua tiga
Kalau menonton TV
Datin hindarkan drama Melayu
Nanti Datuk berkenan
Datin nanti haru-biru
Perempuan zaman sekarang
Datin tak kira suami tua