Waktu bahagia berkasih
Muncul sesuatu tak ku duga
Lilin selama ini bernyala
Terpadam gelap gelita
Walaupun menikam jiwa
Ku turutkan semahu hati ku ini
Betapa ku cinta
Pada mu yang ku dambakan
Retak hatiku hancur semua
Diriku ini jiwa meronta
Cinta yang sudah pudar
Tenggelam di lautan kecewa
Tak pernah ku terkilan
Andai siapa milik mu sebelum ku
Yang ku pinta kejujuran mu
Untuk ku berteduh
Biarkanlah aku
Membawa diriku
Semoga bahagia
Walau ku berduka
Walau patah tumbuh
Hilangkan berganti
Namun luka ini
Sukar diubati
Lama telah ku idamkan
Mentari cinta di gerhana ku
Pasti mampu menjulang kasih
Di terminal rindu
Walau hati akan kekosongan
Namun cintaku bukan mainan
Biarlah aku bersendirian
Untuk melupakanmu
Biarkanlah aku
Membawa diriku
Semoga bahagia
Walau ku berduka
Walau patah tumbuh
Hilangkan berganti
Namun luka ini sukar diubati
Sucikah cinta mu seperti cinta ku
Yang sanggup berkorban
Kerana mu
Walaupun ku sangsi
Ku tetap pada mu
Kerana cinta ku hanyalah satu
Biarkanlah aku
Membawa diriku
Semoga bahagia
Walau ku berduka
Walau patah tumbuh
Hilangkan berganti
Namun luka ini
Sukar diubati