menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

2 X 5 [Chorus]

Ahli Fiqirhuatong
nikkolewilson08huatong
歌詞
レコーディング
Kali bagi tolak campur

Habislah geli kerana geletek

Hilanglah resah kerana biasa

Kerana telah terbiasa

Geli dan resah tidak akan lagi terasa

Semut di seberang lautan

Kau nampak

Bila gajah di depan mata

Kau buta

Lebih sudu dari lauk

Lebih tunjuk dari tengok

Lebih diri dari duduk

Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata jangan lupa

Banyak yang bertukang di mata dan mulut

Sedikit sahaja yang

Menukang di tangan

Bangkai gajah busuk di hutan

Hendak di tanam

Pekong di kaki sendiri dibiaskan

Busuk oh kurap kudis nanah kayap

Dua kali lima sepuluh

Lima kali dua sepuluh

Lapan campur dua sepuluh

Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh

Sama lawa sama hodoh

Sama cerdik sama belok

Sama tepok sama bongkok

Duduk diam tunggu dulu

Kunci mulut nanti dulu

Sebelum kau berbicara

Sebelum kau nak berkata

Cermin dulu hujung rambut

Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya

Kurangkan rempah kurang panasnya

Kurangkan lebah kurang sengatnya

Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut

Mana tahu silap hari

Silap bulan lambat laun

Silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh

Lima kali dua sepuluh

Lapan campur dua sepuluh

Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh

Sama lawa sama hodoh

Sama cerdik sama belok

Sama tepok sama bongkok

Jangan cakap lepas

Biar pandai beralas

Ada ubi ada batas

Ada hari kami balas

Kiramu hanya bias

Cecamu cuma tempias

Hari ini kami berkias

Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain

Kain sendiri yang terlondeh

Kata dulang paku serpih

Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima

Tapi tidak suka menderma

Ada orang suka menderma

Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh

Lima kali dua sepuluh

Lapan campur dua sepuluh

Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh

Sama lawa sama hodoh

Sama cerdik sama belok

Sama tepok sama bongkok

Dua kali lima sepuluh

Lima kali dua sepuluh

Lapan campur dua sepuluh

Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh

Sama lawa sama hodoh

Sama cerdik sama belok

Sama tepok sama bongkok

Ahli Fiqirの他の作品

総て見るlogo

あなたにおすすめ