menu-iconlogo
logo

Hikayat Benladin

logo
歌詞

Mereka keluar masuk gua

Mencuba mencari dimana ada

Mencuba meneka dimana saya

Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng

Aku lah Benladin

Hikayat Benladin

Suara dah bergema

Suara sakti hamba

Dalam gelombang bawa aura ke udara

Separa manusia separa luar biasa

Gurau senda dengan

kata kata sang pujangga

Kalau main api janganlah tambah gasolin

Mesti hati hati janganlah seperti lilin

Jika mahu terang biar

terang dengan betul

Jangan jadi arang jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci

Maka hias ia biar terpampang seri

Akulah ilustrasi definisi gergasi

Terhasil dari ekperimentasi

radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan

Usah fikir bukan bukan, kata bukan bukan

Nenek tua si bongkok tiga

Cubalah nenek cari cucu dimana ada

Mereka keluar masuk gua

Mencuba mencari dimana ada

Mencuba meneka dimana saya

Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng

Aku lah Benladin

Hikayat Benladin

Masuk tempat orang jadi

kucing bukan singa

Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda

Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong

Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan

janganlah nak berangan

Si tikus datang bekal

dua belas beruk baran

Telan lauk enak lepas

makan pandai simpan

Pandai pandai lah

tanggung binasa perbuatan

Pecut laju laju sampai dia terpelanting

Bukan perkara bijak

lari lari bawa gunting

Diajak berteman rupanya

musang berjanggut

Pura pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada pada jahat jangan sekali

Hidup punya hukum karma

kau harus mengerti

Salam perkenalan dengan ritma dan puisi

Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih putih melati Ali Baba

Merah merah mawarnya Si Norsiah

Jika diikutkan rasa Kassim Baba

Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua

Mencuba mencari dimana ada

Mencuba meneka dimana saya

Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng

Aku lah Benladin

Hikayat Benladin

Putih putih melati Ali Baba

Merah merah mawarnya Si Norsiah

Jika diikutkan rasa Kassim Baba

Kelak akhirnya berputih mata

Hikayat Benladin by Ben Ladin - 歌詞&カバー