menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Bedah Kepoh

Babakhuatong
rewelfarehuatong
가사
기록
BEDAH KEPOH

WATAK

BEDAH

SALLEH(LELAKI LEMBUT) BUDIN

SCENE 1

Salleh! Ooo salleh!

Sapa plak yang panggil aku ni?

Salleh! Sini la oii..

Hei..berapa kali aku nak nak cakap ha..

Panggil aku Sal ok..huh!

Banyak la kau punya Sal..

Kau nak kemana ni?

Bukan main laju lagi jalan..

Aku nak pergi kedai beli ikan kejap.

Oh..mari la sini dulu.kita gosip nak?

Gosip? Wah...macam best jer..

Mesti la best..meh duduk sini..

Haa..cepat la citer..

Amboi kau Salleh..pasal

gosip laju jer kau yea.

Heii! Sal ok.bukan Salleh..

Ops..sorry Sal..

Haa..cepat la citer..

Nak citer la ni..Kau

kenal tak anak pak abu?

Anak pak abu? Yang mana satu yea?

Ala yang kerja dekat KL tu?

Oh yang hensem tu yea..aumm..

Eh..kau ni.gediknya aku tengok.

Hihihi.tapi,kenapa dengan dia?

Kau tahu tak,bulan depan dia nak kawin?

Apa...tapi,kenapa?

Aku dengar cerita dia

kene tangkap basah.

Kau biar betul bedah..

Betul la..aku dengar cerita,dia

kena tangkap basah dengan janda..

Ish..ish..ish..janda?

Iya..sebab tu la,dia

kene kawin bulan depan..

Betul ker ni bedah..ala melepas la aku.

Melepas apa?

Eh..kau kan tahu..aku suka

kat dia..hemsem..aummm..

Ishh kau ni..tak sedar diri betul la..

Eeuuu kau ni.dah la,aku nak pergi

kedai dulu.nanti kedai tutup pulak...

Ye la..kau jangan nak ngorat

pak cik kedai tu pulak..

Eeuu..choii..not my test

ok..dah aku pergi dulu..bye...

Ok bye (gaya mengejek salleh)

SCENE 2

BEDAH BERJALAN MAHU KE KEDAI

Fuh...panas nya hari ni..habis

la kulitku kusam nanti.

Ehh..bedah tu..

(sambil bawak motor acah

acah nak terlanggar bedah)

Hoii...kau dah kenapa budin..kau

nak langgar aku ker haa?

Rilek la bedah..aku gurau jer..

Gurau pergi surau la!

Amboi garang nya kau bedah..

Huhh! Yang kau ni kelam

kabut nak pergi mana budin?

Aku nak pergi rumah Pak Ali..

Pak Ali? kau nak buat apa?

Ada hal sikit ngan Pak Ali..

Kau tak takut ker pergi sana?

Apa nak ditakutkan nya bedah oii..

Ehh..kau tak dengar cerita ker?

Cerita? Cerita apa tu?

Ehh..kau ni semua tak tahu la..

Aku bukan macam kau bedah..suka

ambik tahu hal orang.

Kau ni,loyar buruk pulak.kau

nak dengar cerita tak?

Cer cerita..cer cerita..

Aku nak citar la ni...kau tahu

tak Pak Ali tu ada membela..

Membela? Membela apa bedah?

Dia membela hantu raya..

Hahaha..kau ni pandai

pandai la buat cerita..

Ehh..betul la..kau tak percaya sudah..

Ahh..mengarut la kau bedah..

Kau kata aku mengarut..nanti

kau kene baru kau tahu..

Dah dah bedah..mengarut semua tu..

Aku cakap benda betul la..

Aku tak percaya la.ehh..kau nak

pergi mana ni..meh aku hantarkan..

Kau nak hantarkan?

Ye la..

Nak naik moto buruk ko ni?

Ye la..

Huhh! Aku lebih rela jalan kaki taw..

Ala sombong la kau ni.kau tengok

la nanti.aku beli kereta..masa tu

baru kau tergedik gedik dengan aku.

Kau nak beli kereta? hahaha...

Kau gelakkan aku bedah.kau

tengok la satu hari nanti.aku

buktikan pada kau bedah..

Ok buktikan..

Ok aku buktikan..dah aku gerak dulu.

Ye la..

Assalamualaikum..

Waalaikumsalam...

MONOLOG

Huhh..ada hati konon..sapa lagi aku nak

ngumpat ni.Bosan plak aku..ehh..lupa

plak aku nak gi kedai.ni gara gara

budin la nie.dah la panas ni..

BERSAMBUNG

Babak의 다른 작품

모두 보기logo
Bedah Kepoh - Babak - 가사 & 커버