menu-iconlogo
logo

Pasar Malam

logo
가사
(Wei Abbas, hang teman aku sat?)

(Nak gi mane?)

Pi pasar malam ar, jom?

Ah, okay nak pergi pasar malam kan?

Ah, ko tunggu aku dulu, hey

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam (ho)

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Yo bro, kenapa wangian kau semacam?

Dari tadi sampai sekarang tak habis melaram

Pergi pasar malam je bukan nak melancong

Boleh ngorat awek muka manis hidung mancung

Ala, apa salahnya aku jantan berhias?

Orang tengok (wow kemas) pandang lama pun tak rimas

Yela, engkau kacak seorang kalau aku memang malas

Jangan cakap banyak apa kata jalan lekas

Ok, ok jom tengok apa ada

Banyak sangat pilihan buat aku rambang mata

Sana ada makanan, sini ada minuman

Habis mana satu engkau punya jadi pilihan

(Abbas) Tunggu, break, break

Aku nak beli kejap coconut shake

Kakak yang ni harga satu berapa?

Ye adik, adik pilih adik nak yang mana

Yang special mahal sikit lah dari biasa

Saya nak harga yang paling murah punya

Sini standard 3 ringgit nak murah kedai sana

Takpe lah kak nanti saya datang balik ye?

Eh, Muariffah, aku nampak seorang gadis

Macam Nora Danish, aku cair habis

Dah, dah jangan gatal nanti kena tangan

Kita bukan datang ngorat tapi cari makan (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam (ho)

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Sambung semula misi cari apa boleh isi

Aku tak tahu yang mana mahu aku beli

Tak seronok kalau datang hanya nak melepak

Haa, akhirnya jumpa pun gerai murtabak

Aney, kasi saya murtabak satu

Sekejap adik, kasi tunggu dulu

Ada nampak kah itu orang ramai beratur

Saya sampai punya kedai ada habis telur

Lima, sepuluh, lima, sepuluh, lima sepuluh

Mai adik dekat buat apa duduk jauh

Ada buah durian, epal, pisang dengan langsat

Aku nak makan benda berat tak makan buah sangat

Amboi, ramainya orang kita susah nak gerak

Tak payah kenderaan jalan kaki pun dah sesak

Orang ramai bising sangat sampai aku boleh pekak

Jadi tak heran kalau emak bapak hilang anak

(Menda kau merepek?) Aku cakap benda betul

Ok lepas ni datang pasar letak anak dalam bakul

Dah settle masalah kau takyah nak kalut

Buat otak serabut jom cari steambot (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam (ho)

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Aku laparlah dari tadi asyik berborak

Ok apa kita nampak lepas ni kita henyak

Kejap, aku ada dengar satu bunyi

Mana-mana? Haa, tu nampak tak ada orang tengah nyanyi

Lawa kami kini dah kembali jadi ulang sekali lagi

Markas kota ramai terpesona rabak tapi kami sempurna (yeah)

Dari peniaga sampai pemuzik jalanan

Semua cari rezeki tuk teruskan kehidupan

Pelbagai suka duka aneka asam garam

Jadi semua selamat datang ke pasar malam (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Jom, jom, jom ke pasar malam (ho)

Jom, jom, jom ke pasar malam (hey)

Beraneka ragam jom ke pasar malam

Wei kita sembang pung-pang ni hang ada beli apa-apa tak?

Erh, takde doh, kau ade beli ape-ape ke?

Tak beli apa-apa

Ah, balik perangat kat rumah la settle?

Balik je lar

Pasar Malam - Lawa Nie Geng - 가사 & 커버