menu-iconlogo
logo

Joget Dendang Patah Hati

logo
가사

Sarang tumpangan burung merpati

Selasih ada di tepi sawah

sekarang kekanda baru mengerti

kasih adinda sudah berubah

Ke Pulau Tiga pergi bermain

pohon kelapa subur meninggi

kalau adinda ada yang lain

mohon kekanda mengundur diri

Biarkan sahaja

hatiku ini peregi jauh

masa beredar

hari bertukar ganti

Luka ditangan

sudah lah tentu nampak darahnya

luka dihati tidak ketahui

bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga

segala barang bawa bersama

kerana kekanda tidak berharta

adinda tidak memandang mulia

Jika berbau bunga dirimba

tetap lah ada manis madunya

jika begitu adat bercinta

tidak berharga rendah nilainya

Biarkan sahaja

hatiku ini peregi jauh

masa beredar

hari bertukar ganti

Luka ditangan

sudah lah tentu nampak darahnya

luka dihati tidak ketahui

bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga

segala barang bawa bersama

kerana kekanda tidak berharta

adinda tidak memandang mulia

Jika berbau bunga dirimba

tetap lah ada manis madunya

jika begitu adat bercinta

tidak berharga rendah nilainya

Joget Dendang Patah Hati - M. Shariff - 가사 & 커버