Wahai juwita ku indah rupawan 
Juwita ku sayang 
Termimpi mimpi wajah menawan 
Ibaratnya sinar nan gemerlapan 
Menuju kalbu ke kalbu idaman 
Menuju kalbu ke kalbu idaman 
Oh kekasih ku teruna satria 
Sayang di sayang 
Terpaut aku kerana jasa 
Kerana budi lahir asmara 
Sebagai embun menimpa bunga 
Sebagai embun menimpa bunga 
Kalau juita telah sedia 
Asmara.... berpadu kasih 
Tiada masa menentukannya 
Tiada.... manusia tahu 
Oh asmara ku wahai juwita ku 
Sayang di sayang 
Semoga kita kekal abadi 
Hidup bahgia untuk keluhuranmu 
Ku puja puja dengannya semadi 
Ku puja puja dengannya semadi