Matlamat dan hasrat untuk selamat martabat
Disekat kan teramat,jiwa raga di tambat
Tiada indah kenangan tukar kengsesaraan
sakit sempit di saran , di didik celik di amal
Selepas takwil firasat ,Harta tidak beli dek hati
Nafsu serakah peneman ada azab kau nanti
talam permainan mendalam bergerak di karam
tanggung qadam yang tiada tanggungajawab dan faham
Merintih sebab cinta? itu dunia berhias
Tinggal kan aku kemudian lu takut di bidas berbelas das sepantas kau tusuk di qalbu
kabur layu dikira pulak emosi yg mahu
Mata mata yang merah ku ikut arus takdir
Takrif luaran anasir seru ku kan dtg tampil
madah mudah ditadah si pintar dah di ludah
ijazah ku bermadah tidak bergantung pada sekolah
Ayien di mana ayien? corak gelombang bergerak
main sekadar main ,lain lawan bila teriak
Kelulusan peringkat perhati satu persatu
tahapan paut di dahan kemudian nak nombor satu
Ujian mula beryuran mebiayai sokongan
Jumlah di tempat duduk,orang sama naik kedepan
Mungkin nasib bukan formula misi visi dibentang beribu ribu semua beritma , pasti kau di tentang .
ini ada berselelirat syarat syarat lazat
Darah yang mengalir kita dawai nya urat
Komunikasi berkrompomi korupsi komunis
ka mula tak puas hati sedang kan kau tak berbaris .
Catur orak diatur ada yang porak campur
Ada yang borak sungguh ada otak nya lumpur .sorak sorak yang bising sorok perangai nya jin .seelok-nya kau ekori perjalanan punya scene .
Jika aku teringin , angin rasa nya dingin
Jika di pihak lawan , serbuan bagai anjing
Mula mula nya aku,kemudian nya kamu
nak ku sebab kan lagu ?
atau sebab benar mahu ? .
Ayuh ku kayuh lari ke sempadan bermutu
Gadis ayu nya uji , jangan layan semua tu
Konon ku gembira hakikat borak dengan syaitan
pagi lagi berlagu jangan layan ayien tak siuman ! .
Berjuta lirik ku dah bahagi bina buku
Laku ku dalam lagu tak pernah penuh saku
sukar dalam ini game ,jalan asyik buntu
Tumbuk sepak terajang baru kau nak membantu ? .
Kesal diri aku yang tak pernah lekat jalan ku tidak sesat,surat ku saja kata kesat
Memori tu motivasi pelajari bagus diri
tapi bangga bongkak bukan ku punya puisi .
Alas alasan cantik kias bidas tk dicarik
tanda kan tempat aku sebelum kau aku tarik
Dulu pernah aku tempah , bersungguh tabah bertambah
namun tempoh di suluh , terlewat ku berteduh .
Musim berganti musim,bilik teman abadi
bertapa pagi hari, tahmid untuk yg abadi
Simpan satu biar aku bagi nanti
untuk sorang gadis ini dia sorang di kecuali ..
itu semua menipu gadis berbumbung nafsu !
Lari mana mau lari lubang bumi kan ku buru
Ku saran kan
kau sasarkan
sandaran pada aku
Santapan dan sarapan
Ku tuju pada Qalbu
Seangkatan berpantun di plantun bersiul
Kan ku balun alun nya ton bagi kau terus biul
Yang meniru mencuri copypaste
"sirah bumi"
Daif ilmu sahih tandus , kau tiru lagu "sahabat nabi"
Bertalu ku di uji , sampai dahi sembah bumi
Kontang kanting di Armada , asyik nya ku dikeji
Dan mengaji saji taji . tolak tentang imbuhan
Walau hidup ku miskin , lagu untuk mu ku hiburkan
ku hidup kan sejarah islam , kata ku cari nama ?
makin lama berdiam, dikata ku tunggang agama ?
Benar ka ?
Maka karma
Di kamar makam hamba
Beza ku = rutab & Tamar
Bak Anbar & Ainul tamar
Seterusnya penipuan datang terus mengusik
tinggal kan harapan Hadapan, harapan berkudis
Qalam bersulam kan nafsu nafsi sisa nya iblis
Tersisih ku terpinggir
ditindih till hati hitam mendindih
Bara ya semakin naik , jangan cuba kacau aku
Tak kira siapa saja ,mainstream pun aku sapu
tatapan dan ketetepan
Takda tawaran ditetapkan
tak pendapatan
Tak bertempatan
tak kesempatan
Tak berminat dan
Tak terkata dengan dunia jahil serta haru biru
Asbab punca mendongak , Fasa 5 berkubu
Fasa firasat takwil firasat ku bersetuju
Fitnah dengan nya mehnah,sejak zamannya Andalus
Jadi ku tak nak ikut campur tentang urusan kamu
Siapa yg tertangkap , tangkap serangkap catit di bahu
Lu mahu , Azab Saqru(Saqar) Dan sakaratul maut
Lu mahu Luza Sair , Diseksa nya Hidup hidup
Muka muka nya banyak berubah
Rupa rupa lupa kata celupar
Hidup sabar , akhir masyar kau kan suka
Janji Allah , Rasul tu benar , islam benar
Realiti indah macam bintang but terdampar
Lapar nama lapar harta , tapi tidak "masa"
Balik tabir Bulan tidak kan selalu nya cerah ,
So lebih baik bertindak sebelum semua musnah
Pabila dikecam kejam , semua akan mengikut
Soal selidik kalut , Kualiti yang mengarut
Dari zaman kejahatan ku lagi sudah berfikir
Biar kan aku lain , asal kan tak sama takdir
Mereka kelompok bermain , ku solo nya berfikir
Biar orang tengok bosan , janji ku bisa nya mahir
Ku bisa hadir pabila di serangan terakhir
Di selangkah yang akhir , ku bentang kitab tafsir
Mungkin dulu ku jahil , itu waktu di murka
Warta duka dan cita , ku daki menderita
ku lalui seorang , Dari awal nya cerita
Tunggang terbalik Waktu aku tiada nama
Riwayat nya ini , Dalil yang ku saji kan
Segala penderitaan perjuangan ku lakukan
Semoga Ku tetap utuh teguh bediri tak roboh
sudah tulis semua ni , ku akhiri di waktu subuh
Belum habis rangkap ini yang ku hurai
tak murai , but ku tunai tuk mengalir bagai sungai
Yang mana meniru idea just ubah suai
Ku kerah otak sampai malam nya qiyamul lail
Seumur hidup Yang ku mahu suara ku didengar
Kesedihan yang ku lalui , Dihina dan dibiar
Jadi ku pergi bagai Jaafar hijrah ke habsyah
Pikul beban, bawa doa , walau jatuh di lembah
Walau pun aku rebah , imbas kan rasullulah
Tragis dilalui , sebelum battle of badar
Battle of uhud , Rahmati Musab bin umair
Saidina hamzah juga walau pun nya dah terburai
Meski ku tafakur , usia bumi dah pun uzur
Tumbuh generasi fitnah , moga cepat dikubur
Dulu tangisi cinta , macam dia pulak mahal
Tengok zahir nya okay , but tudung cuma hiasan
Kiasan sesalan , sialan bersiulan
Susulan ku singkat kan , tonton kan di siaran
Tengok ku nanti qalam aksara ku dah disebar
Time tu kau kan bergoncang hati kau dah berdebar
Rata rata rasa rasa , sukar berserta leka
Suka duka cita kata kata kau takkan peka
Ayien belum terlambat Tapi dekat nya mangkat
Kan ku rembat siapa yang suka main nya sebat
Ku lalui kehidupan yg mana ku di gari
Makan tiada gula manis , tiada simpati
Waktu tu ku rasa hidup ku sudah hampir musnah
Namun berkat nya doa , Tuhan maha pengubah
Angkatan Seangkatan kan tiba haru biru
kesesakan tekanan ku pikul dosa beribu di bahu
Tiru aku ?
Nak kejar nama ataupun nak laku
Seterusnya menipu kejar view yang beribu
Aku orang first bentang sirah dalam rap
Tentang sahabat nabi walaupun Youtube reject
Ku buat bukan sekali nak cuba cari nama
Before Lagu islam
400 ratus ribu views dah ku ada
Yang palsu yang mengikut ,
dan Kalut dan kelaut
di angkut nya idea
Langgar semua senior
Ikut suka lah Sebab dunia ini sementara
Ketaranya jalan bila Amalan dah dilupa
terkadang ku begitu kerna bergantung dek emosi
Makin nya lagi sedih Makin tambah gelap hati
Makin gelap nya hati makin lagi ku pendam
makin lagi dipendam wujud iblis yg direjam
Jiwa yang bergelora , berontak ku menghurai
Tanam jiwa yang mati , kerna diri selalu cuai
Tambahan cinta karut dan harapan palsu yang tinggi
Suka janji kemudian bosan dan cabut lari
Topik paling aku benci ,
Paling malas nak ingat
Takut tercaci maki
So please tolong beringat
Ku berada dalam scene ini sgt bersusah payah
cuba bagi mereka dengar ku punya derita
Pintar di sita hiba Sita di biar hina
Penjurus ku di tinta,bisa nya ku di pena
Tahap gaban ku bina agar nya kan
bersinar
Kalini kuasa veto ,tak berpaling yang menghina
Tak pandang ke arah ku kerna rasa nya takut
Betina dah berdebar takut nama nya dah muncul
Takut ayien mengarut , musuh pun aku sahut
Apatah ada isu , lagi lah aku angkut
Tapi biar seketika , bukan topik tu yang penting
Mulut aku menutup , kalau buka lagi melenting
Jadi jangan tipu aku ambil tahu
nak blah rasa mahu cari aku
Itu tanda cari maut ,
Maut
Jangan kritik mcm dia
Tak kenal ayien rahman direct nak menghina
Cuba masuk live aku berapa sahabat ku bentang
Ini bukan nya riak , Jelas pada yang kata
"TIDAK"
Ku sudah terang Abu bakar , umar dan uthman
Ali dan zubair talhah ubaidilah,Abdul rahman
Said bi zaid , saad dan Abu ubaidah Al jarrah
Ni semua sahabat Al mubasyirun bil jannah
Benar aku jahat , saat di sekolah ku lembab
tu pengajaran pengalaman tuk di ubah akhlak
Sabar ku belajar kisah nabi pulau kaab
Supaya nanti nya dapat peringatan nya taubat
Malam ini yang sunyi , Seribu satu cerita
Ku sentisa rindu Rasullulah punya cerita
Walau 1400 tahun,rasa macam semalam
Rasa bersama mereka Sahabat akhlak mulia
Namun ku takut
Susah hati serabut
Kekacauan di minda
Sampai benda ni menurut
Jadi biar kan aku dulu , rahsia disembunyi
Di sudut hujung qalbi , yang tahu hanya ilahi
Topeng ku lindung silam buruk
yang tertusuk di lubuk qalbu
Dah buruk terpuruk lama bak suluk
kutuk kan tutup biar tumbuh kan utuh
kukuh dan merabak ke pelusuk ,
tak kan biar kan ku gugup
cukup ini penutup