menu-iconlogo
logo

Emosi

logo
Lirik
Harta menjauhi realiti

Emosi mendominasikan diri

Jiwa kosong bagai pendusta

Minda tak seiring dengan hati

Nafsu yang memakan segalanya

Hidup yang dikaburi ilusi

Tiada arah tujuan

Malu bertanya sesat di jalan

Meluru ke kolam keperitan

Hukum alam tak kau pedulikan

Tiada arah tujuan

Dapat jangka

Sebab angka

Jumlahnya bertambah

Janji tidak

Akan tripping

Akhirnya bercanggah

Kerana nombor

Atas kertas

Niat pun berubah

Tidak buat aktiviti

Jika tidak berupah

Sukar berhenti

Sudah jadi kebiasaan

Urat dawai tulang besi

Sekarang peluh kebasahan

Kesabaran

Rempuh kekerasan

Tidak bazir tiap detik

Rebut peluang keemasan

Ini semua duniawi

Kau macam ikan kecil

Terjun ke dalam tusnami

Hanyut terus ke dalam laut

Tiada tangan untuk kau paut

Dulu sudah cuba untuk beritahu

Kini baru kelam kabut

Kewangan

Terbang ke awangan

Terperangkap dalam sistem

Mangsa tawanan

Tergoda dengan nota

Hingga tiada akhir noktah

Hanya tengok pada pro

Terlepas pandang kontra

Perkara biasa

Sebab tiada yang sempurna

Minda belum cukup jernih

Macam perairan semporna

Kena game oleh scam

Contoh paling dekat ponzi

Skim cepat kaya

Umur belum cecah forty

Mahu cuci duit

Jangan hantar pergi dobi

Lantik satu dari kroni

Untuk wayang jadi proksi

8 Keturunan

Tidak kebuluran

Yang kurang bernasib baik

Masih berkebun dalam hutan

Minda tak seiring dengan hati

Nafsu yang memakan segalanya

Hidup yang dikaburi ilusi

Tiada arah tujuan

Malu bertanya sesat di jalan

Meluru ke kolam keperitan

Hukum alam tak kau pedulikan

Tiada arah tujuan

Ini semua duniawi

Kau macam ikan kecil

Terjun ke dalam tusnami

Hanyut terus ke dalam laut

Tiada tangan untuk kau paut

Dulu sudah cuba untuk beritahu

Kini baru kelam kabut

Kewangan

Terbang ke awangan

Terperangkap dalam sistem

Mangsa tawanan

Tergoda dengan nota

Hingga tiada akhir noktah

Hanya tengok pada pro

Terlepas pandang kontra

Emosi oleh Benzooloo/Khodi - Lirik dan Liputan