menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Hatiku

NtahSape2Ntahhuatong
nymedmaxhuatong
Lirik
Rakaman
Kau selalu di hatiku

Terpaut di dalam sukma

Tiada ku bimbang tiada ku ragu

Akan segala janjimu

Di setiap waktu sejak dari dulu di saatku dilahirkan

Dari kecil remaja hingga ku kedewasaan

Dari dibuaian merangkak hingga ku berjalan

Di setiap langkah bersamaku sentiasa di pastikan

Itulah mamaku ibuku umiku

Walau apa panggilannya dia kekal nombor satu

Setiap masa sepanjang waktu

Selamanya inspirasi harianku

Wahai mama kau teristimewa

Tiada tandingan buat dirimu sebenarnya

Seringkali ku tertanya bagaimana kau berjaya

Membelaku dari kecil seorang sendiri sahaja

Kini anak mama telahpun dewasa

Tiba gilirannya pula bekerja membalas jasa

Hari- hari harap- harap moga mama bahagia

Kerna senyuman dan tawa mama tak ternilai harganya

Kau selalu di hatiku

Terpaut di dalam sukma

Tiada ku bimbang tiada ku ragu

Akan segala janjimu

Cipika cipiki cida tanda syukur

Tiap kali menatap wajah mu sepenuh hati

Tak dapat ku bayar masa berharga di dalam rahim mu

Selama sembilan bulan sepuluh hari

Hampir semua rahsia ku cuma dikau yang tahu

Paling sukar buat ku paling mudah buat mu

Memacu masa depan ku dengan pesan

Sehingga memberi kesan dalam kehidupan seharian

Pertama di dalam hati

Permata yang tiada pengganti

Permaisuri yang bertakhta di hati

Atau dengan kata lain engkaulah srikandi

Dikala ku menghadap dunia dikau yang paling risau

Paling masak dengan sikap ku juga itu lah dikau

Pengorbanan mu disanjung tinggi sentiasa di sisi

Jasamu di sanubari kerna kau

Kau selalu di hatiku

Terpaut di dalam sukma

Tiada ku bimbang tiada ku ragu

Akan segala janjimu

Sambutlah tanganku ini

Belailah dengan mesra

Sambutlah tanganku ini

Belailah dengan

Ingat tak dulu- dulu waktu umair kecil dulu

Waktu babah masih ada di keramat permai dahulu

Walau hidup susah tiada lain yang kita perlu

Kita hanya ada kita hingga dia berkeluarga baru

Takpalah kita lupakan yang berlalu

Anak ummi masih ada kita buka buku baru

Biar apa berlaku kita tetap bersamamu

Kesemua tujuh- tujuh serta cucu ummi yang satu

Ummi ibuku ummi

Walaupun tidak berharta segalanya ummi beri

Wahai babah maaf jika babah terguris

Ini cuma luahan sebak dada si penulis

Selepas babah pergi dialah sumber rezeki

Siang malam pikul beban untuk sesuap nasi

Ingin berkata tiba waktunya nanti

Biar umair buatkan ummi tak perlu kerja lagi

Kau selalu di hatiku

Terpaut di dalam sukma

Tiada ku bimbang tiada ku ragu

Akan segala janjimu

Kau selalu di hatiku

Terpaut di dalam sukma

Tiada ku bimbang tiada ku ragu

Akan segala janjimu

Lebih Daripada NtahSape2Ntah

Lihat semualogo

Anda Mungkin Suka