Datang sini duduk sembang daripada cakap belakang
Depan-depan duduk bilang dari dengar suara sumbang
Ramai benar gelar diri mahu jadi tok pawang
Ibarat dalam diri tiada satu yang berani tentang
Cerita tentang diri... yang belum ternoda
Rasa diri megah berdiri bak bidadari syurga
Orang punya cara, punya kisah semua dusta
Benar pepatah orang tua kiasan melayu lama
"Ibarat kera menegur tahinya"
Cuba berselindung di balik telunjuk jari nya
Kisah orang lain dibawa didedah dicerca
Cerita sendiri disimpan rapi dalam lacinya
Benarlah kata-kata indah dari sang pujangga
Mereka suka yang tersirat tapi tak suka yang zahir
Belum khatam ngaji tapi lagak mahu tafsir
Bila tersalah tafsir datang bermacam anasir
Bukan suka curi cari cara lempar cerita
Kerana aku diam tidak mahu bersuara
Dalam berita sini berita sana bercerita
Kisah kita takut nanti kau punya cerita pula porak peranda!
Bila dah kena, sibuk bertanya
Apa salah gua?
Ada saja yang tak kena?
Kenapa mereka semua?
Asyik sibuk bertanya?
Apa dalam diri mereka tak ada salah,dosa?
Lek bro, chill sis
Kau tak suka cara this
Sebab aku hidup banyak sudah berhabis
Cari cara, cari kerja, buat bisnes sampai habis
Tapi gaya kau sembang lebat serupa aku mengemis
"Ahhhh diam ah!"
Kau tak tahu apa yang aku dah lalu
Sembang memang sedap
Borak memang mantap
Cakap memang cekap
Bila kena terus sentap
Mereka bagi satu, aku diam membisu
Mereka bagi dua, aku tidak bersuara
Mereka bagi tiga, ini masa mereka terima
Walau aku tidak mahukan ini semua
Macam lu je yang ada simpan rangkap ayat sentap
Jarang aku guna kerana sebab aku beradab
Kalau bukan takde sebab takkan aku sentap
Walau aku rasa!
Gua hidup ini hari bukan atas kurniaan lu
Tapi berkat kurniaan maha esa yang agung
Yang beri gua jalan arah mana yang dituju
Bukan macam lu berdebat cerita tak menentu
Tak perlu nasihat aku
Tak perlu bimbing aku
Kerna aku ada al-quddus... ar-rabbku yang satu
Al- samiul basirul alimul ghaffar
Ya Tuhan ku yang maha Esa
Pada-Mu aku berserah!