menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Cinta Dulu Cinta Sekarang

S.M. Salimhuatong
rhonwenhaushuatong
Lirik
Rakaman

Hai cinta dulu dulu

Cinta malu malu

Cinta dulu dulu

Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu

Nak cakap apapun tak tahu

Tegak berdiri tersipu sipu

Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh

Pantang larang dipegang teguh

Mulia sungguh cinta dulu

Adat resam budaya melayu

Alaa cinta zaman sekarang

Sudah terlupa pantang larang

Cinta zaman sekarang

Di khalayak ramai dia pegang pegang

Kalau ditegur dia meradang

Macam harimau nak menerkam

Maruah bangsa sudah terancam

Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya poya

Kalau kawin pun tak kekal lama

Bila dah dapat yang diidam

Habis manis sepah dibuang

Alaa cinta zaman sekarang

Sudah terlupa pantang larang

Cinta zaman sekarang

Di khalayak ramai dia pegang pegang

Kalau ditegur dia meradang

Macam harimau nak menerkam

Maruah bangsa sudah terancam

Kerana perbuatan segelintir orang

Hai cinta dulu dulu

Ikut nasihat ayah dan ibu

Cinta dulu dulu

Kalau nak kawin bertanyalah dulu

Berisik risik bertanya tanya

Ayah dan ibu dan anak siapa

Bila sudah berumahtangga

Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia

Ikut aturan budaya bangsa

Hidup mereka sungguh bahagia

Cangkul dan tanah memisahkannya

Lebih Daripada S.M. Salim

Lihat semualogo