DRASTIK  
   Mereka cakap take a break, got other business 
Break ya neck, brake leck and glam in this game 
Tak kemana mana, yang dia dapat, cuma shame 
Satu tahun satu lagu, satu lagu pun tak laku 
Dia malu dia mengaku dia malas nak berlagu 
Dia cakap dia sudah lama bermuzik 
Bila dengar lagu dia nyanyi pun berbisik 
Dia nyanyi live macam membaca 
Rupa-rupanya miming, pasang suara 
Macam sekumpulan wannabe zaman-zaman ini 
Bila live guna band, keluar suara geli 
Budak budak masih puji, katanya rezeki 
Lit lit api api, mereka pun senang hati 
Negara kita ramai buta seni dan pekak bunyi 
Yang berbakat takda rupa, kena tolak tepi 
Music business, ya I get it 
It’s how you doin business, forget it 
Ini zaman digital, nak naik memang senang 
Kena pandai jilat orang untuk di kenali orang 
Contohlah macam Karlotito bang bang 
Join budakjahat buat mv “bayi sayang” 
Tengoklah kemajuannya, maju ke lubang jamban 
Semua orang bangga, tanpa rasa segan 
Komen api api lit lit, sangat mudah 
Macam harga tisu cheap cheap, sangat murah 
Susah nak naik? Apa kata kerja keras 
Cukup money bayar Mat K, boleh lepas 
Satu lagu pasti naik kaw kaw, dapat kipas 
Nanti ramai kipas dia follow kau, kau puas? 
Cukup berbahasa, nak juga main kasar 
Lagu cukup rasa, mereka tak selesa 
Aku dibesarkan oleh rapper rapper OG 
Kau pula dibesarkan oleh rapper rapper IG 
Budak pakai barang kemas, emas fake 
No wonder lirik dan orangnya pun sama fake 
Views lagu so slow bila buat lagu solo 
Dulu naik sebab member, single lu so so 
Jangan judge aku perli, dengki, hati hitam 
Jangan libat culture hip-hop dengan Islam 
Tak nak jadi macam idola favorite korang 
Sucinya di depan, hitam di belakang, buat-buat tak pandang 
Tapi aku salut usaha hipokritnya 
Cukup mantap lakonannya, orang masih percaya dan di puja 
Tumpang nama atau tumpang naik 
Tunggang agama, tunggang terbalik 
Pulang sebentar, pulang ke mana? 
Ke alam bazrah di sebalik mata 
 Hye, Aideed lamanya tidak bertemu 
Pertama kali jumpa rasanya belum berbulu 
Apa, lit? Rap keluar api? 
Tapi dalam realiti hanya air liur basi 
Lagu seminit, ditulis seminggu 
Seninya sedikit tapi dibayar beribu 
Seluar pula slim fit, dadanya berbulu 
Otak pendengar sempit sebab lagu tak berilmu 
Kagum! Terkesima, Harum! Tak berbunga 
Taksub! Sampai dia, Sanggup! Hilang jiwa 
Rata-rata kata-kata saja suka-suka 
Macam kisah lama-lama jadi rama-rama 
Bomoh tak boleh ubat, bodoh tak boleh selamat 
Sungguh semua terlambat, runtuh kubu keramat 
Tak berani janji, just hati-hati 
Pasti nya nanti, jadi maka jadi 
Tolong, please, correct me if im wrong 
At least, you diss them back in a song 
Cakap besar tapi bacul, potong 
Baik masuk dalam bakul, sotong 
Banyak budak galak buat gagak tunjuk lagak 
Akhlak rosak pun disorak acah buat tak nampak 
Tak macam ‘A-rahman’, ‘B-duan’, ‘C-ulan’ 
Ku public ‘A-nemy’, ‘B-polar’,’ C-alan’ 
Ku dah madah, ku ngan saka dah sepakat 
Suatu hari angkat sebab kau ada bakat 
They got skill tapi cemerkap susun ayat 
Lagu jadi takda feel rasa cam make-up dgn mayat 
Alter ego, bila darah dalam 
Alteri ku, tukar jadi aku bukan aku 
Merah ke hitam, cerah ke kelam 
Pabila larut malam 
Aku dalam scene macam Amy dalam Search 
Lagu masih evergreen, tahan mcm Everest 
Bunyi bukan calang tapi ku cuma mengarang 
Aku hanya emcee malang melukut di tepi gantang 
Nama tak disebut, kisah tidak didendang 
Aku yang dulu yang itulah juga sekarang 
Duluku berakit-rakit ke hulu, berenang-renang 
Ingatkan selepas bersakit, boleh lah bersenang-lenang 
Pop is what, hip hop is not 
Like you talk about rock with the pink out- 
Fit..That’s a piece of s**t 
What you think of is what they called out, lit? 
Dah pecah kaca retak menantikan belah 
Kupunya ijazah sembunyikan amarah 
Tinggi yakin boleh pergi 
Tak percaya tanya Britney Malaysia, Nabila Razali