Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Di pinggir hatiku yang sengsara
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu ditaman hatiku
Kepada Tuhan ku terus berdoa
Agar kembalikan ketenangan
Walaupun ku sedari
Hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa
Inginnya ku ulangi
Saat yang indah bersama dirimu
Kasih yang bersarang di hati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan
Yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih
Terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
Kasih yang bersarang di hati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan
Yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih
Terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batinku tersiksa
Rindu membara dan kian membakar
Di pinggir hati yang sengsara