Yeah, yeah 
What time? Let's go 
Yeah, yeah 
Aku cuma 
Perlukan pelukan 
Sinar terik, kamulah teduhan 
Tak tipu kadang rasa tak mahu teruskan 
Kadang sampai fikir bikin bukan-bukan 
Aku juga rasa begitu keliru dan 
Perlukan teman tiap kali turun hujan 
Tapi bila masa 
Kita bertemu, hariku jadi lebih baik 
Berwarna macam pelangi 
Yeah 
Buang resah kamu 
Lupa kisah lalu 
Have a good day, my dear 
And now let me tell you how I feel 
Everytime you're here 
Bila kau hadir 
Seperti pelangi 
Seakan muncul semua benda yang kucari 
Bila kau hadir 
Senyapkan sepi 
Lenyap semua hal 
Bila kita menari 
Buang semua ragumu (yeah, yeah) 
Atau terus tunggu yang engkau tunggu 
Nyanyilah lagumu (yeah, yeah) 
Panggil aku anytime 
Boleh hello kalau perlu 
Mungkin kita perlukan kebebasan 
Hidup ikut cara aku 
Taknak dengar arahan 
Sebab takde sapa yang faham 
Perasaan kutanam 
Biarkanlah harapan kutenggelam 
Dalam-dalam 
Takyah bimbang 
Walau hidup tengah tak seimbang 
Masalah takleh bilang 
Harap esok boleh hilang 
Senyuman makin layu, ada aku untuk siram 
Selagi ada nafas, ambil masa cuba tenang 
Kenapa dunia harus begini? 
Kenapa aku yang kau pilih? 
Mana jalan harus kupergi? 
Takutnya tiada siapa di sisi 
Janji yang kau takkan pergi 
Ada hari bila kusakit 
Ataupun hari yang tak beringgit 
Apa kita ada, lebih dari duit 
Bila kau hadir 
Seperti pelangi 
Seakan muncul semua benda yang kucari 
Bila kau hadir 
Senyapkan sepi 
Lenyap semua hal 
Bila kita menari 
Buang semua ragumu (yeah, yeah) 
Atau terus tunggu yang engkau tunggu 
Nyanyilah lagumu (yeah, yeah) 
Panggil aku anytime 
Boleh hello kalau perlu