Engkau ketawa gembira
Dimalam itu
Dikelilingi
Hai ramai sanak saudara
Sedangkan aku berduka
kerana janjimu
Yang manis bermadu
Tetapi bagai hempedu
Alangkah indah temasya di malam itu
Jejarimu diinai satu persatu
Memberitahu dirimu sudah berpunya
Tinggalah aku sendiri jiwa merana
Andainya itu sayang
Berupa erti
Setahun janji
Ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar
Diri sendiri
Betapa hinanya
Padamu diriku ini
Alangkah indah temasya di malam itu
Jejarimu diinai satu persatu
Memberitahu dirimu sudah berpunya
Tinggalah aku sendiri jiwa merana
Andainya itu sayang
Berupa erti
Setahun janji
Ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar
Diri sendiri
Betapa hinanya
Padamu diriku ini