Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa hidup kita berdua
Disini langit mendung selalu
Tiada cahya menyinariku
Disini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan
Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap
Ku Menghambakan diri
Nanti kau tau ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tau ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana olehnya
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan