menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Medley P. Ramlee & Saloma

P. Ramlee/Salomahuatong
southgate2323huatong
Şarkı Sözleri
Kayıtlar
Saat yang bahagia

P:Saat yang bahagia

Namun dalam hatiku

Kasih sudah menjelma

Meresap di jiwa raga

Kekandalah pujaan hati didinda

L:Saat yang bahagia

Datang sekejap saja

Namun dalam hatiku

Tidak dapat melupa

Adinda pujaan jiwa

Kekasih yang jelita

Penawar duka

P:Kandalah harapanku

Kekasihku sayang

Pohonlah doa restu

Malam dan siang

L:Marilah dinda mari

Kita bersama

Memadukan asmara

P&L:Saat yang bahagia

Datang sekejap saja

Bawa kisah asmara

Di dalam hidup kita

Seandainya kita rindu

Sebutlah oh sebut namaku selalu

GELORA

P:Jiwa rasa gelora

Kasih pada teruna

Bukan kerna intan permata

Kerna budi bahasa

L:Kasih bukan paksaan

Sayang bukan mainan

Jiwa dan raga jadi taruhan

Ooooo pujaan

P:Rinduku padamu

oh kanda idamanku

L:Kekasih dikaulah

Oh! Adinda puspitaku

P:Murni sungguh impian

L:Indah nian harapan

P:Jika tercipta taman kencana

L P:Ooooo bahagia

Ooooo bahagia

Ooooo kekanda

Taman Firdausi

L: Berjumpa di taman firdausi

Berdua bermadu asmara

Berpisah tak mungkin terjadi

Kerana bersumpah setia

P: Ketika mata bertentangan

Hasratku gembira merayu

Ketika wajah berpandangan

Tandanya asmara berpadu

L: Sungguh indah taman ini

Harum kasih bak baiduri

P: Dua jiwa satu hati

Pujaanku oh kanda

P L: Berjumpa di Taman Firdausi

Berdua memadu asmara

Berpisah tak mungkin terjadi

Kerana bersumpah setia

L: Sungguh indah taman ini

Harum kasih bak baiduri

P: Dua jiwa satu hati

Pujaanku oh kanda

P L: Berjumpa di Taman Firdausi

Berdua memadu asmara

Berpisah tak mungkin terjadi

Kerana bersumpah setia

P. Ramlee/Saloma'dan Daha Fazlası

Tümünü Görlogo
P. Ramlee/Saloma, Medley P. Ramlee & Saloma - Sözleri ve Coverları