menu-iconlogo
huatong
huatong
بول
ریکارڈنگز
Kawan

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Yang namanya kawan bukan sekadar mampu bergelak ketawa

Bergurau senda, bersenang lenang, kawan kerana ada wang

Kerana ada darjat, kerana ada pangkat

Yang namanya kawan bukan sekadar mampu bertepuk sorak

Riang gembira, senang sama senang, susah dia hilang

Kawan kerana ada rupa, kerana ada gaya

Kerana banyak harta

Bijak memilih kita tak akan tersalah pilih

Bijak menilai kita tak akan tergadai

Bukalah mata janganlah leka

Semanis manis gula ada pasir di dalamnya

Sahabat setia memang sukar didapat

Yang di depan kita hanyalah syarat

Dengar cakap enggang makan buah beluluk

Dengar cakap kawan sama sama terjun masuk lubuk

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Kawan semangkuk, kawan sepiring makan

Kawan sebaya, kawan satu gelanggang

Secupak sama secupak, segantang sama segantang

Kawan bersempit, kawan berlapar

Bagai jarum dengan gelindan

Ke hulu sama ke hulu, ke hilir sama menghilir

Satu sakit dua terasa

Yang daging sama dikunyah, yang tulang sama dikerkah

Iya sama angguknya, tidak sama gelengnya

Hai guntingnya tidak memutus, simpul tidak terungkai lagi

Banyak beri memberi, kurang isi mengisi

Mandapat sama menambah, hilang sama merugi

Itulah kawan dicari cari

Hai itulah rakan sejati, sahabat ganti

Bukan sekadar ranting berpaut, dahan berlabuh

Pabila siang dahan diberak t**i, terbang tidak berbalik lagi

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Tepuk sama tepuk, sorak sama sorak

Remuk kita remuk kita sendiri yang retak

Tawa sama tawa, riang sama riang

Sedih pilu hampa kita sendiri terlentang

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Kawan - hati hati memilih kawan

Kawan - takut gunting dalam lipatan

Kawan - lempar batu sembunyi tangan

Kawan - tikam kita dari belakang

Ahli Fiqir کے مزید گانے

تمام دیکھیںlogo

یہ بھی پسند آسکتا ہے