menu-iconlogo
logo

Mati Hidup Semula

logo
بول
Tak sudi memandang tidak mengapa

Kerna ku mengerti aku insan hina

Tapi dengar apa ku katakan

Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidup ku rasakan mati

Mata terbuka tapi tak berhati

Kini ku rasa dihidupkan kembali

Walau peritnya setengah mati

Baru ku kenal bulan dan bintang

Betapa indah dunia dipandang

Baru ku kenal ibu ayah adik abang

Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang

Akan ku rempuh hari mendatang

Kepadaku berilah perangsang

Agar kejayaan dapat ku julang..

Manusia sepertiku usah kau hina

Kelak menambah sakit di dada

Selagi aku bernama manusia

Tak lepas dari salah dan dosa

Salah ku lakukan meruntuhkan nama

Kerna perbuatan mengikut rasa

Namun ku bersyukur pada yang Esa

Setelah mati ku hidup semula..

Mati Hidup Semula بذریعہ Jamal Abdillah - بول اور کور