Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau
Tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semua kau
Iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan
Biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun
Hakikatnya
Bukan mudah
Aku sembunyikan
Gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini.. Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya.. Segala galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi, Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya.. Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya
Prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas
Sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas
Tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu
Kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun
Setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir
Ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap
Penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Dia yang sempurna, dia yang sempurna
Rahsia ini.. Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya.. Segala galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi, Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti..Yeeaa
Sejak dua menjak ini
Ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas
Nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi.. Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya.. Kau cari teman pengganti