menu-iconlogo
logo

Pandang-pandang, Jeling-jeling

logo
بول

Pergi memetik daun mengkudu

Balik diletak diatas pelantar

Tak jumpa sehari kurasa rindu

Kenapa bertemu terasa gementar

Mudik ke hulu berdayung sampan

Singgah sebentar dibawah titi

Tutur dan kata sangat bersopan

Mungkin ada yang jatuh hati

Cincin intan bunga selasih

Mari dipakai di waktu petang

Kenapa tuan tak mahu berkasih

Adakah orang akan melarang

Kain sarung kain terendak

Memanglah manis kalau dipakai

Kalau takut dilambung ombak

Jangan berumah di tepi pantai

Menjeling menjeling kubertentang

Mata kita sama memandang

Kucuba kucuba nak bertanya

Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling kubertentang

Mata kita sama memandang

Bercakap bertanya dan bermesra

Jangan sampai datang rumah

Tuai padi musim dah tiba

Mari menuai di waktu pagi

Kalau begini malang menimpa

Biar kuturut kata hati

Bunga selasih permainan budak

Daun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun bertemu juga

Menjeling menjeling ku bertentang

Mata kita sama memandang

Kucuba kucuba nak bertanya

Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling ku bertentang

Mata kita sama memandang

Bercakap bertanya dan bermesra

Jangan sampai datang rumah

Kereta kuda pedati lembu

Singgah mari di tepi kuala

Tuan sutera saya belacu

Mana kan boleh berganding sama

Burung jelatik sarang kedidi

Sarang tempua sarang berjuntai

Sungguhpun cantik sutera diuji

Belacu juga tahan dipakai

Menjeling menjeling ku bertentang

Mata kita sama memandang

Kucuba kucuba nak bertanya

Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling ku bertentang

Mata kita sama memandang

Bercakap bertanya dan bermesra

Jangan sampai datang rumah

Pandang-pandang, Jeling-jeling بذریعہ Tan Sri Dato S.M Salim/Siti Nurhaliza - بول اور کور