Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..
Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang
Bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang
Pujangga bukan arjuna sita
Bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
Dengan hasrat yang indah..
Kau selalu di hati
Tidak ku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu
Di setiap penjuru..
Senyuman di kaca
Kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza..
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..
Suka di kala malam
Termimpi mimpi..
Rindu di kala siang
Mencari cari..
Kasih sebenar tidak
Bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora..
Dan kadangkala
Hanyut bagaikan buah ara
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun
Indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada
Siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai
Penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan
Bersama kapan hari pasti..
Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza..
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu
Bernama tak berpengunjung
Cabaran menikam kau
tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung..
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu
Satu kesyukuran..
Tapi bila bertentang mata
Tidak terbentang kata..
Kata apa saja tapi ia tentang apa
Wajah mu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus
Bermula dengan
Fantasi...
Ku rasa terhuyong hayang
Antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang..
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati
Tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza..