menu-iconlogo
logo

Penindas

logo
Lời Bài Hát
Kuhapuskan semuanya

Apa yang menghalangku

Ku inginkan segalanya kembali

Menjadi senyap terus

Nota hidupku tiada noktah

Selagi dalamanku kan mengalir darah

Selagi kunci jiwa ku tak diserah

Selagi maksud belum tuk bertemu sebab

Roda hidup kadang di bawah

Selagi bernafas takkan menyerah kalah

Selagi hayatku masih dikandung tanah

Selagi hajatku belum di maqbul kan nya

Kulenyapkan walau bermatian

Cuba ku hancurkan semua kesakitan

Aku bukan mudah kau singkirkan

Dalam permainan yang kau perciptakan

Telah ku mencuba semua

Namun tetap begitu

Sedikit pun tidak kau rasakannya

Ada yang tangis pilu

Hidup penuh dengan tipu muslihat

Zuriat kitaran induk berbentuk ujian

Lukisan dan tulisan penanda kepastian

Masa depan ku lindungkan

Tuk darah pertalian

Pastikan peluang tak terlepas

Kepada penindas

Matikan punca yang datangnya dari pemisah

Yang hanya mementingkan semata pangkat dan darjat

Tanah menjadi bukti kekuatan bulatnya adat

Kulenyapkan walau bermatian

Cuba ku hancurkan semua kesakitan

Aku bukan mudah kau singkirkan

Dalam permainan yang kau perciptakan

Kau saksi kan api kemusnahan

Tidak ku pertahan akan ku akhirkan

Biar pahit segala ku telan

Hanya yang ku mahu dikau kuhapuskan

Kuhapuskan semuanya

Apa yang menghalangku

Tak kan terjadi mimpi kekuatanku

Kulenyapkan walau bermatian

Cuba ku hancurkan semua kesakitan

Aku bukan mudah kau singkirkan

Dalam permainan yang kau perciptakan

Kau saksi kan api kemusnahan

Tidak ku pertahan akan ku akhirkan

Biar pahit segala ku telan

Hanya yang ku mahu dikau kuhapuskan

Ku lenyapkan

Kisah hidup yang penuh dengan tipu muslihat

Zuriat kitaran induk berbentuk ujian

Lukisan dan tulisan penanda kepastian

Masa depan ku lindungkan

Lenyapkan penindas

Penindas của Ara Johari/W.A.R.I.S - Lời bài hát & Các bản Cover