Isra' dan Mikraj memuliakan Rasullulah
Ku masih beriman tentang Qada' dan Qadar
Dunia tidak seimbang
Bila munculnya Dajjal
Illuminati dibentuk
Adam Weishaupt main peranan
Jeniasari sasaran, Islam dipermainkan
Oleh tentera Inggeris
mengguna khidmat bank pinjaman
Sistem 8F dan Haarp
Keluarga Merovingian
Isaac Strauss, Jacob Astor
di Titanic mati dicipta
Majusi dah dilupus namun tetapkan kufur
Dibendung kekuatan
Segitiga piramid khuffu
Ramai yang otak nya
tak berfungsi dan perli Nabi
Nabi di سدرة المنتهى
Jibril yang jadi saksi
Kitab sihir ditangkap
sejak zaman Nabi Sulaiman
Namun bangkit balik
selidung balik temple solomon
Rantai yang diaturkan
Injil Taurat diselewengkan
Barnabas selamat tapi
tetap kitab di versi kan
Sudahkah kita ingat persidangan Nicea
Pengumpulan Injil di Iznik
ubah segala nya
Masih ingat? Rasullulah
bicara rahib Yahudi?
"Urusan tentang roh adalah
urusan Ya Rabbi"
Bermuda Segitiga Lautan Atalantik
Namun tidak mereka tahu
tentang Rub’ Al Khali?
Kuyakin percaya
ada sistem bumi yang rosak
Atau tempat nya makluk
jin yang duduk berlambak
الله اعلم
Chorus
Alhamdulillah ahbabina illy thaloolna
Far'ol kalam illali ma mismaoona
Fi ajlil insaniyaaaa
Li ajlik ya Ghaza
Masih cari Al Masih
Macam Nabi Samuel
Perang akhir kan berlansung,
mungkin adanya duel
Ham dan Sam dan Yafiz selamat ke bahtera
Kan’an yang tersadai
derhaka ke malapetaka
Di kitab, Nevi’im
talk about Hebrew Prophet
But Al Quran Al Furqan
satu satu complete perfect
Majas Injil Barnabas
terang salibnya Judas
Isa bin Maryam diselamatkan bawa ke atas
Professor Maurice mengkaji
Mayat Firaun Ramses
Masuk Islam kerna
Al Quran tampil mentafsir
Sembahan kufarat marduk
Sembahan Dewa Nabu
Nabi Ibrahim tetap sejuk
walau di bakar Namrus
100 orang paling berpengaruh
di dalam dunia
Nombor 1 Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم
Cengkaman Freemason
Welcome to New World Order
Kod Hammurabi di iktiraf
kembali oleh mereka
Kekuatan Nabi Syam'un
Perjuangan seribu malam
Nabi Uzair mengalir qalam
Taurat di dalam
100 suhuf dapat salah satu nya Nabi Sith
Mungkin kurang di dengar
selain 25 rasul ni
Peperangan hampir menang
iaitu Nabi Yusya'
Sirah bumi ini pernah
tertahan matahari petang
Pembelahan laut dan pembelahan bulan
Rasullulah punya mukjizat
memang tiada tandingan
Peace!
Alhamdulillah ahbabina illy thaloolna
Far'ol kalam illali ma mismaoona
Fi ajlil insaniyaaaa
Li ajlik ya Ghaza
VERSE III
Benito Mussolini E.D.I and Nazi Hitler
Alfredo, Francisco Franco,
benarkah diktator?
Or pembuhunan karakter
dan pengubahan nama
Macam Jabir bin Hayyan
dikenali nama "Gaber"
Ibnu Rusyd
Avverose
Ibnu sina
Avicenna
Just nama dah boleh lost
Orientalis Pintar gila
Konspirasi 1776,
Order of Perfectibilists
iblis kikis buat onar
ESA, CSA, ROSCOSMOS dan NASA
16 kali pusing ronda
Perhati luar angkasa
Ziggurat Etemenanki kurafat yang hakiki
Terbengkalai diserang
Ale ander masuk di babil
Mongol serang Kota Baghdad
Tarta takluknya lumat
Singa Qurtuz tampil,
Fisabilillah berjihad
Al Tulayha Al Asdi
Tempuh puluh ribu Parsi
sorang bagai seribu tu
"Al Qaqa Al Tamimi"
Kemukakan segala teori sains kosmologi,
Kubentang lu takkan bantah
Al Quran Nur Karim
Tak kira Teori Big Bang
Or Evolusi Darwin
Before Albert Einstein
Teori Relativitas Al Kindi
Dunia yang pelbagai
kisah tragedi misteri
Alaf ganti abad dekad menjadi sirah bumi
Semua sekadar asbab cerita yang ku bawa
Yang benar adalah
semua ilmu ni pulang ke Esa!
Alhamdulillah ahbabina illy thaloolna
Far'ol kalam illali ma mismaoona
Fi ajlil insaniyaaaa
Li ajlik ya Ghaza
Maaf jika ade kesilapan