Cincin intan, bunga selasih 
Mari dipakai di waktu petang 
Kenapa tuan tak mahu berkasih? 
Adakah orang akan melarang? 
Kain sarung, kain terendak 
Memanglah manis kalau dipakai 
Kalaulah takut dilambung ombak 
Jangan berumah di tepi pantai 
Menjeling, menjeling ku bertentang 
Mata kita sama memandang 
Kucuba, kucuba nak bertanya 
Siapa diakah namanya? 
Menjeling, menjeling ku bertentang 
Mata kita sama memandang 
Bercakap, bertanya dan bermesra 
Jangan sampai datang rumah 
Bunga selasih permainan budak 
Daun sehelai dimakan kuda 
Bercerai kasih, bertalak tidak 
Seribu tahun bertemu juga 
Menjeling, menjeling ku bertentang 
Mata kita sama memandang 
Kucuba, kucuba nak bertanya 
Siapa diakah namanya? 
Menjeling, menjeling ku bertentang 
Mata kita sama memandang 
Bercakap, bertanya dan bermesra 
Jangan sampai datang rumah 
Jangan sampai datang rumah 
Jangan sampai datang rumah