menu-iconlogo
logo

Hilang

logo
Lời Bài Hát
(Pohon merah tanduk)

(Senduduk tidak berbuah lagi)

Pohon merah tanduk

Senduduk tidak berbuah lagi

Tanam pada tanjung terkurung

Terbit bunga yang mati

Apakah pernah tuan saksikan

Sakit dan kehilangan?

Kasih kita yang dulu berseri

Kini diganti sepi

Bawalah aku pergi bersama

Mengapa

Mengapa

Hilang

Kerana jujur hatinya

Kerana tulus jiwanya

Hilang

Akarnya setia dikenang

Janganlah biar cintanya hilang

Cintanya hilang

Subuh hingga senja kelana

Keringat membasahi

Gading tuah sudah berbuah tidak putus terhenti

Titisan-titisan air mata membasahi bumi

Bukan permata yang ku ingini

Ku ingin kau kembali

Sehingga bila mampu ku lawan?

Rasa hilang

Hilang

Kerana jujur hatinya

Kerana tulus jiwanya

Hilang

Akarnya setia dikenang

Janganlah biar cintanya hilang

Terbelahnya dunia kita

Dibaham sepi tak berhuni baru ku sedari

Kau menghilang selamanya

Namun masih ku rindu selalu

Hilang

Kerana jujur hatinya

Kerana tulus jiwanya

Hilang

Akarnya setia dikenang

Janganlah biar cintanya hilang

Ooo (Pohon merah tanduk)

Ooo (Senduduk tidak berbuah lagi)

Ooo (Tanam pada tanjung terkurung)

(Terbit bunga yang mati)

Cintanya hilang (Pohon merah tanduk)

Ooo (Senduduk tidak berbuah lagi)

Ooo (Tanam pada tanjung terkurung)

Janganlah biar cintanya hilang (Terbit bunga yang mati)