menu-iconlogo
logo

Aku Maafkan Kamu

logo
Lời Bài Hát
Aku minta maaf di atas

segala perbuatanku

Ternyata, kamu lebih suci

dari apa yang kubayangkan

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri

Satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarserasi dari penghuni

dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau

warna gelang tangan

Buah fikiran aneh

tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh

bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Kudihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau

pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak

biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku

mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa

tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang,

mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata

tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Baling kurambit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam diangan

Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu

bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum

hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung

(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung

(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata, kamu lebih suci

dari apa yang kubayangkan

Aku Maafkan Kamu của Malique/Jamal Abdillah - Lời bài hát & Các bản Cover