menu-iconlogo
logo

Sulam Sembilan

logo
Lời Bài Hát
Hendak ku sulam sulam sembilan

Paras sejengkal hatinya

Langkah mu tuan permata intan

Cahaya tumpang cahayanya

Kalau tahu coraknya beranggi

Corak kasih sujiku emaskan

Kalau mahu rasaku nak pergi

Rindu kelemasan

Semarak sulaman sembilan

Pancaran memancar sulaman sembilan

Dipuncak mahligai sulaman sembilan

Di langit yang biru sulaman sembilan

Bunga kembang nan asalnya wangi

Kembang layu tidak ku buang

Layu mekar harumnya ke pagi

Buatmu seorang

Padaku tegakkan tiang belayar

Padamu kembangnya ditiup angin

Janji ombaknya memecah pantai

Belayar menuju ke arah seribu

Pergiku bak guruh hilang suara

Pergimu bak air mengalir sepi

Janji kata indah yang membara

Semarak kasih suci bukannya mimpi

Semarak kasih suci bukannya mimp

Sulam Sembilan của Orkestra Tradisional Malaysia/Siti Nurhaliza - Lời bài hát & Các bản Cover