menu-iconlogo
logo

Garisan Sartan

logo
Lời Bài Hát
Berdiri menghadap berpijak di bumi mengakari

Di tapak tanah berdaun berbunga

Membenih bumi nantikan mati

Putaran berulang hidup mati hidup lagi

Berganjak mungkin seakan siput

Perlahan berhaluan

Tinggal kesan pesan ditinggal

Yang lain mungkin tegak mengikut

Atas dasar hanya terikut

Dapat mendongak

Dan berdiri tegak

Dapat kau imbang fikiran yang songsang

Lalu mengadu dan tunduk mengadu

Terlintas terimbas dilingkar dosa

Mengutip pahala silap tafsir

Cebis pahala sahaja

Kekalkan nurani hati

Jangan diturut kanun gila dunia

Yang dicipta si tamak

Yang cantik luaran

Buruk di dalam

Terus tegak hujung nyawa

Dapat mendongak

Dan berdiri tegak

Dapat kau imbang fikiran yang songsang

Lalu mengadu dan tunduk mengadu

Terlintas terimbas dilingkar dosa

Mengutip pahala silap tafsir

Cebis pahala dilingkar dosa

Mengutip pahala

Silap tafsir

Cebis pahala sahaja