Jangan selumbar tersuruk jari
Kalau memetik bunga rebutan
Jangan selumbar tersuruk jari
Kalau memetik bunga rebutan
Takut nanti berkhabar
Kisah duka dihati
Tidaklah bunga mahu dijambangan
Takut nanti berkhabar
Kisah duka dihati
Tidaklah bunga mahu dijambangan
Apalah guna bermadah sayang
Kalaulah cuma dijeling saja
Baik disua kepada yang sayang
Dari menanti bulanlah ke riba
Kalau nak berkasihan
Jangan salah pilihan
Baik cari pasangan
Yang sepadan
Walau hati berkenan
Belum tentu pilihan
Bagai sepadan
Bajulah dibadan
Jangan diidam merak kayangan
Kalau bersarang jerami padi
Jangan diidam merak kayangan
Kalau bersarang jerami padi
Bimbang ulang berulang
Kasih rindu rinduan
Cinta diberi orang tak sudi
Bimbang ulang berulang
Kasih rindu rinduan
Cinta diberi orang tak sudi
Hilang lah madah
Selokalah rindu
Sayup terdengar gurindam terluka
Pedih terasa menusuk di kalbu
Salah berkenan jiwakan merana
Kalau nak berkasihan
Jangan salah pilihan
Baik cari pasangan
Yang sepadan
Walau hati berkenan
Belum tentu pilihan
Bagai sepadan
Bajulah dibadan
Kalau nak berkasihan
Jangan salah pilihan
Baik cari pasangan
Yang sepadan
Walau hati berkenan
Belum tentu pilihan
Bagai sepadan
Bajulah dibadan