Ku sangka aur
di pinggir tebing
Kiranya tebu
di pinggir bibir
Ku sangka jujur
pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati
jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji
seikhlas budi
Ku lupa lidah
tidak bertulang
Di manis gula
semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata
insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia
insan berpura
Tipu dan daya
pencapai maksud
Budi dan harta
merangkum noda
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia
insan berpura
Tipu dan daya
pencapai maksud
Budi dan harta
merangkum noda